Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Cara Mohon Bantuan Sokongan Banjir Oleh Maybank Buat Pelanggan & PKS Yang Terjejas

Oleh Cikgu Shaari • December 21, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Bantuan Sokongan Banjir Oleh Maybank Buat Pelanggan & PKS Yang Terjejas
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memahami masalah ramai pelanggan dan peniaga yang mengalami kerugian akibat daripada bencana banjir yang melanda, Maybank telah menawarkan Bantuan Sokongan Banjir kepada pelanggan yang terjejas akibat kejadian tersebut yang berpunca daripada hujan lebat baru-baru ini.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terkesan akibat banjir, yang telah menyebabkan kerosakan harta benda serta perhubungan terputus.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Sokongan Banjir yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

BANTUAN SOKONGAN BANJIR MAYBANK

Bantuan sokongan banjir yang ditawarkan oleh Maybank ini merangkumi:

  • Penangguhan pembayaran pembiayaan/ pinjaman
  • Pengurangan ansuran bulanan
  • Lanjutan tempoh pembayaran balik
  • Pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih seperti:
    – Penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir
  • Pengecualian untuk caj lewat bagi kad kredit pelanggan yang terjejas

Sementara itu, cabang insurans Maybank Group, Etiqa, telah menyediakan:

  • proses tuntutan yang cepat dan mudah bagi pemegang polisi insurans serta pemegang sijil takafulnya, tanpa sebarang borang atau dokumen sokongan.

SIAPA YANG LAYAK?

Tawaran Bantuan Sokongan Banjir ini adalah kepada individu yang terjejas akibat banjir meliputi:

  • Pelanggan Maybank; dan
  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
  • Pelanggan bukan runcit lain

CARA MEMOHON

Seperti yang dimaklumkan oleh Maybank, pelanggan yang buat permohonan Bantuan Sokongan Banjir ini boleh mohon melalui emel kepada alamat berikut:

  • floodrelief@maybank.com

Permohonan mestilah disertakan bersama maklumat berikut:

  • Nama atau Nama Syarikat
  • Nombor kad pengenalan/ Pendaftaran Perniagaan
  • Nombor telefon
  • Jenis pinjaman/ produk (contohnya Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Bertempoh)
  • Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Bertempoh)
  • Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli)

Pelanggan yang nak mohon juga boleh mengunjungi atau menghubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto di seluruh negara.

Semua permohonan akan dinilai berdasarkan kes demi kes. Bantuan ini juga direka bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan merangkumi, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau pelanjutan tempoh pembayaran balik.

SME Bank berkata semua pelanggan yang terjejas akan diberikan perlindungan yang perlu, berdasarkan keperluan individu bagi memastikan keberkesanannya dimaksimumkan.

Pelanggan SME Bank boleh berkomunikasi terus dengan Pengurus Perhubungan masing-masing untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun pembiayaan mereka atau apa-apa yang berkaitan dengannya. Sebagai alternatif, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank pada talian 03-2603 7700 atau e-mel kepada customercare@smebank.com.my.

Baca juga: Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bank Dilanjutkan Sehingga 2 Tahun

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.