Tawaran Biasiswa JPA Untuk Lepasan SPM Di Bawah Program Penajaan Nasional (PPN)

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2021.

Program Penajaan Nasional (PPN) merupakan penajaan kepada pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat ijazah pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program penajaan JPA di bawah Program Penajaan Nasional (PPN).

PERINGKAT PENGAJIAN

Berikut adalah peringkat pengajian yang perlu diikuti oleh calon yang layak di bawah tajaan biasiswa jPA PPN:

Peringkat 1: Kursus Persediaan

  • Pelajar-pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) selama 24 bulan.

Peringkat 2: Ijazah Pertama

  • Pelajar-pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di 10 universiti terbaik dunia di USA dan 10 universiti terbaik dunia di UK seperti yang disenaraikan dalam THE World University Rankings, QS World University Rankings, dan / atau ARWU berdasarkan kedudukan universiti dan bidang pengajian. Senarai bidang dan universiti boleh semak di bawah

Nota Penting:

  • Had Kecemerlangan Akademik (HKA) yang ditetapkan bagi peringkat persediaan adalah 14 mata A-Level bagi 3 subjek yang diambil, tanpa Gred C.
  • Sekiranya pelajar menamatkan kursus persediaan dan melepasi HKA yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama namun tidak mendapat tempat di universiti terbaik dunia seperti yang disenaraikan di LAMPIRAN A, pelajar akan ditamatkan dari program PPN dan boleh diserap masuk ke program dalam negara.
  • Pelajar yang tidak melepasi HKA untuk melanjutkan pengajian ke luar negara namun memenuhi HKA penyerapan yang ditetapkan boleh ditaja untuk mengikuti pengajian di universiti di dalam negara, tertakluk kepada pelajar mendapat tempat pengajian di institusi pengajian dalam negara yang ditetapkan Kerajaan.
  • Sekiranya pelajar yang ditaja tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi HKA penyerapan yang ditetapkan, penajaan pelajar boleh ditamatkan.

SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat kali pertama; dan
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral; dan
  • Satu (1) mata pelajaran lain;
  • Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain (jika ada).

CARA MEMOHON

Permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) JPA tahun 2021 dibuka mulai 14 Jun hingga 23 Jun 2021. Calon yang berminat perlu mengisi permohonan secara dalam talian di pautan berikut:

Permohonan dibuka khusus kepada senarai calon yang dipaparkan dalam laman web esilav2 sahaja.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Penajaan Nasional Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma