Tips & Contoh Soalan Temuduga Kerja Personel MySTEP Di Pelbagai Jabatan Kerajaan
MySTEP merupakan program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya. Sehingga tahun 2023 pasti anda perasan kan masih banyak agensi kerajaan dan swasta menawarkan penempatan MySTEP di seluruh negara?
Inisiatif ini diperkenalkan aebagai langkah jangka pendek untuk menangani isu pengangguran, membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat yang seterusnya akan membantu Kerajaan dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik secara amnya.
Bagi calon yang berminat atau telah mohon penempatan MySTEP untuk peluang bina kerjaya, anda boleh dapatkan tips beserta contoh soalan temuduga yang dikongsikan di bawah untuk persediaan awal ke temuduga jawatan MySTEP.
Isi Kandungan
MAKSUD MYSTEP
MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.
Terdapat dua aluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLCs and rakan strategiknya
Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.
Baca juga: Perbezaan Antara Pekerja Sambilan Harian (PSH) Dengan Personel MySTEP Yang Anda Perlu Tahu
KELAYAKAN PERSONEL MYSTEP
Untuk menjadi salah seorang personel MySTEP di mana-mana penempatan, anda mestilah berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun ke atas
- Lepasan SPM/ Diploma/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
- Menganggur
TIPS TEMUDUGA PERSONEL MYSTEP
Jika anda dapat panggilan untuk menghadiri temuduga bagi jawatan Personel MySTEP, anda boleh ikut tips berikut untuk persediaan temuduga:
- Sediakan pakaian dengan kemas dan bersih
- Sediakan dokumen seperti sijil dan pastikan salinan sijil anda telah disahkan
- Sediakan salinan resume sebanyak 3 keping untuk diberikan kepada ahli panel.
- Jangan lupa untuk sediakan gambar ukuran pasport sebanyak 2-3 keping untuk dilekatkan pada borang maklumat diri sebelum masuk temuduga.
- Ambil tahu mengenai jabatan yang anda bakal hadir temuduga.
- Akhir sekali datang awal 15-30 minit sebelum temuduga dijalankan.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PERSONEL MYSTEP
Antara contoh soalan temuduga yang kerap ditanya dalam temuduga Personel MySTEP adalah:
- Ceritakan tentang diri anda
- Bagaimanakah cara kerja di jabatan ini?
- Mengapa anda nak bekerja di jabatan ini?
- Apakah skop kerja ini?
- Adakah anda bersedia untuk bekerja lebih masa (OT) walaupun tiada bayaran OT disediakan kerana jawatan Personel MySTEP tiada peruntukan bayaran OT?
- Bolehkah anda bekerja disini walaupun tempat tinggal anda jauh?
- Siapakah pengarah dijabatan ini?
- Adakah anda bersedia untuk ditempatkan dimana-mana lokasi yang yang difikirkan sesuai?
- Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda diminta untuk melakukan kerja lain selain daripada skop jawatan?
- Ada apa-apa soalan yang ingin ditanya?
- Jawatan ini adalah secara kontrak, adakah anda tidak kisah? (Rujuk jawapan lengkap DI SINI)
Baca juga: Boleh Ke MySTEP Diserap Kerja Kerajaan Jika Prestasi Baik? Ini Penjelasannya & Kelebihan MySTEP
Ramai tak tahu sebenarnya kita boleh mohon penempatan MySTEP di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) melalui laman web yang disediakan, tak perlu tunggu iklan permohonan dibuka pun! Peluang ini dibuka buat rakyat Malaysia bagi memberi peluang pekerjaan.
Permohonan penempatan MySTEP melalui laman web ini boleh dibuat sepanjang masa. Pemohon yang berkelayakan dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga dan penempatan MySTEP sekiranya berjaya.