Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) • Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •

Senarai Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Yang Boleh Dimohon Dengan Sijil SPM

Oleh Cikgu Shaari • January 19, 2023 • 2 min baca

Senarai Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Yang Boleh Dimohon Dengan Sijil SPM
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bekerja dalam kerajaan sememangnya impian setiap orang kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil dengan pelbagai faedah yang menarik. Anda berminat nak jadi salah seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), tetapi tiada kelayakan pengajian tinggi?

Bagi lepasan SPM ataupun calon yang memiliki kelayakan setakat SPM sebenarnya banyak jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang boleh anda mohon dengan menggunakan Sijil SPM. Sama sahaja seperti permohonan lain, permohonan jawatan bagi lepasan SPM juga dilakukan secara online di Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (MySPP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai jawatan dalam SPP yang boleh dimohon dengan sijil SPM.

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang boleh dimohon dengan kelayakan minima SPM:

  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19
  2. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  3. Penyelia Asrama Gred N19
  4. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
  5. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  6. Pembantu Makmal Gred C19

Baca juga: Senarai Jawatan Kerajaan (SPA) Yang Boleh Dimohon Dengan Kelayakan SPM

SYARAT KELAYAKAN

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan 2 mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan 2 mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
  • Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan

CARA MOHON JAWATAN

Berminat nak mohon jawatan yang ditawarkan? Anda boleh buat permohonan melalui laman MySPP.

Bagi yang belum pernah membuat pendaftaran dan permohonan jawatan melalui laman MySPP, anda boleh buat pendaftaran sebelum mohon terlebih dahulu. Pendaftaran MySPP boleh dibuat dengan ikut panduan di bawah:

PANDUAN DAFTAR MYSPP

Calon yang pernah daftar akaun MySPP boleh kemaskini maklumat permohonan jawatan melalui laman MySPP untuk memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan.

PANDUAN KEMASKINI PERMOHONAN MYSPP

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan buat lepasan SPM memohon jawatan dalam sektor pendidikan melalui sistem mySPP. Untuk makluman, setiap jawatan bagi calon yang layak akan hadapi proses temuduga terlebih dahulu sebelum pengambilan jawatan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.