Senarai Jawatan Kerajaan (SPA) Yang Boleh Dimohon Dengan Kelayakan SPM

Bekerja dalam sektor awam sememangnya impian setiap orang kerana ianya menjanjikan kerjaya yang stabil dengan pelbagai faedah yang menarik.

Bagi lepasan SPM ataupun calon yang memiliki kelayakan setakat SPM sebenarnya banyak jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang boleh anda mohon dengan menggunakan Sijil SPM. Sama sahaja seperti permohonan lain, permohonan jawatan bagi lepasan SPM juga dilakukan secara online di sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai jawatan yang boleh dimohon oleh lepasan SPM.

SENARAI JAWATAN KERAJAAN KELAYAKAN SPM DAN SIJIL

Antara jawatan yang boleh calon mohon menggunakan kelayakan SPM/SVM/SKM dan Sijil adalah:

  1. Juruaudio Visual Gred N19
  2. Jurubahasa (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  3. Jururawat Masyarakat Gred U19
  4. Juruteknik Komputer Gred FT19
  5. Juruteknik Komputer Gred FT19
  6. Juruteknik Perubatan Gred U19
  7. Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  8. Merinyu Tali Air Gred J19
  9. Pegawai Bomba Gred KB 19
  10. Pegawai Imigresen Gred KP19
  11. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  12. Pegawai Penjara Gred KA19
  13. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  14. Pelukis Pelan (Seni Bina) (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  15. Pembantu Akauntan Gred W19
  16. Pembantu Antidadah Gred S19
  17. Pembantu Arkid Gred S19
  18. Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
  19. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
  20. Pembantu Geosains Gred C19
  21. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  22. Pembantu Hidupan Liar (Skim) Perkhidmatan Bersepadu)
  23. Pembantu Juruaudit Gred W19
  24. Pembantu Kemahiran Gred H19
  25. Pembantu Kesatria Gred S19
  26. Pembantu Keselamatan Gred KP19
  27. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  28. Pembantu Laut Gred A19
  29. Pembantu Makmal Gred C19
  30. Pembantu Makmal Filem Gred C19
  31. Pembantu Muzium Gred S19
  32. Pembantu Pegawai Latihan (Skim Perkhidmatan Bersepadu) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional
  33. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
  34. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
  35. Pembantu Pemuliharaan Gred S19
  36. Pembantu Pendaftaran Gred KP19
  37. Pembantu Penerangan Gred S19
  38. Pembantu Penerbitan Gred N19
  39. Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
  40. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  41. Pembantu Penilaian Gred W19
  42. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
  43. Pembantu Penyelidik Gred Q19
  44. Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
  45. Pembantu Perangkaan Gred E19
  46. Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
  47. Pembantu Perikanan Gred G19
  48. Pembantu Pustakawan Gred S19
  49. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
  50. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  51. Pembantu Syariah Gred LS19
  52. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  53. Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) N19
  54. Pembantu Tadbir (Undang-undang) Gred L19
  55. Pembantu Veterinar/ Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  56. Pemeriksa Cap Jari Gred N19
  57. Pemeriksa Kereta Motor (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  58. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
  59. Penyelia Asrama Gred N19
  60. Renjer Hutan/ Penolong Pemelihara Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  61. Operator Wayarles Gred N19
  62. Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

SYARAT KELAYAKAN MOHON SPA LULUSAN SPM

Pemohon yang ingin memohon SPA dengan kelayakan SPM perlu memiliki sekurang-kurangnya syarat berikut:

  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan buat lepasan SPM memohon jawatan dalam sektor kerajaan melalui sistem SPA. Untuk makluman, setiap jawatan bagi calon yang layak akan hadapi ujian kelayakan dan proses temuduga terlebih dahulu sebelum pengambilan jawatan.

Anda boleh lihat 99+ Contoh Soalan Famous Temuduga  SPA sebagai persediaan jika dipanggil temuduga nanti. Selamat maju jaya!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma