Boleh Ke MySTEP Diserap Kerja Kerajaan Jika Prestasi Baik? Ini Penjelasannya & Kelebihan MySTEP

Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif MySTEP sebagai langkah jangka pendek untuk menangani isu pengangguran, membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat yang seterusnya akan membantu Kerajaan dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi domestik secara amnya.

Sehingga kini kita dapat lihat setiap hari pasti ada iklan jawatan Personel MySTEP ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan GLC. Untuk makluman anda, inisiatif ini merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada.

Namun, boleh ke pekerja lantikan MySTEP diserap kerja dalam perkhidmatan awam jika menunjukkan prestasi yang baik? Nak tahu penjelasannya, ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Perbezaan Antara Pekerja Sambilan Harian (PSH) Dengan Personel MySTEP 

APA ITU MYSTEP

MySTEP adalah program diumumkan oleh kerajaan sebelum ini yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLCs dan rakan strategiknya

Tempoh kontrak perkhidmatan MySTEP biasanya:

  • Sektor awam: 1 – 12 bulan
  • GLC dan rakan strategiknya: 6 – 12 bulan

Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

BOLEH KE MYSTEP DAPAT PENEMPATAN KERJA JIKA PRESTASI BAIK?

Persoalan di sini adalah, boleh ke lantikan MySTEP dapat penempatan kerja  dalam perkhidmatan awam jika menunjukkan prestasi yang baik?

Jawapannya adalah, TIDAK BOLEH. Calon lantikan MySTEP tidak boleh dapat lantikan kerja dalam perkhidmatan awam secara terus walaupun menunjukkan prestasi yang baik.

Personal MySTEP yang nak bekerja dalam perkhidmatan awam masih PERLU MOHON MELALUI SPA9 seperti rakyat yang lain. Tiada kelebihan dalam menjaminkan peluang pekerjaan diberikan kepada personal MySTEP.

Walaubagaimanapun, personel MySTEP yang menunjukkan prestasi yang baik mungkin mendapat kelebihan tempoh perkhidmatan MySTEP yang lebih panjang.

Pengalaman bekerja sebagai MySTEP tidak akan pernah merugikan, kerana boleh digunapakai sebagai salah satu pengalaman bekerja untuk dimasukkan ke dalam resume atau ceritakan semasa temuduga kerja nanti.

Jika anda mendapat panggilan temuduga kerajaan selepas mohon di SPA9, anda boleh ceritakan pengalaman dan kelebihan anda yang pernah bekerja sebagai personel MySTEP di sesuatu agensi.

KELEBIHAN MYSTEP

Walaupun MySTEP merupakan program jangka pendek, namun banyak kelebihan yang anda perlu tahu:

  • Peluang bekerja dengan kerajaan dan GLC besar
  • Berpeluang sambung perkhidmatan jika prestasi baik sepanjang program
  • Elaun bulanan dan pelbagai kemudahan disediakan
  • Peluang cari ilmu baru dalam pekerjaan terutama fresh gradate yang masih belum ada pengalaman
  • Boleh jadikan pengalaman kerja yang boleh dikemaskini dalam resume
  • Pengalaman kerja & kemahiran kerja sebagai MySTEP boleh diceritakan dalam temuduga kerja nanti
  • Peluang bina kerjaya & mendapat ilmu bekerja dalam keadaan tempat bekerja sebenar

Kesimpulannya, meskipun berkhidmat sebagai MySTEP tidak menjanjikan peluang kerja tetap, banyak kelebihan lain yang kita peroleh daripada program ini. Pengalaman dan kemahiran bekerja adalah perkara paling penting dalam membina kerjaya.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma