Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Mohon Jawatan MySTEP Tahun 2023 Di Pelbagai Kementerian Melalui Laman Web MySTEP

Oleh Cikgu Shaari • January 11, 2023 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan MySTEP Tahun 2023 Di Pelbagai Kementerian Melalui Laman Web MySTEP
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ramai tak tahu sebenarnya kita boleh mohon penempatan MySTEP di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) melalui laman web yang disediakan, tak perlu tunggu iklan permohonan dibuka pun! Peluang ini dibuka buat rakyat Malaysia bagi memberi peluang pekerjaan.

Permohonan penempatan MySTEP melalui laman web ini boleh dibuat sepanjang masa. Pemohon yang berkelayakan dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga dan penempatan MySTEP sekiranya berjaya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan membuat permohonan penempatan MySTEP melalui laman web MySTEP.

SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAMME (MYSTEP)

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, Short Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan bernilai RM700 juta yang membuka 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

Berdasarkan pencapaian dan maklum balas positif pada tahun 2021, pihak Kerajaan telah memutuskan bagi melanjutkan inisiatif ini sewaktu pembentangan Bajet 2022 bagi memberi peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar. Ia selaras dengan Fokus Pertama “Rakyat Yang Sejahtera” di bawah inisiatif keempat Bajet 2022 iaitu “Menjana dan Mengekalkan Pekerjaan” bagi memulih kehidupan dan mata pencarian rakyat.

Bagi tahun 2023, inisiatif dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam Sektor Awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik).

PANDUAN MOHON PENEMPATAN MYSTEP MELALUI LAMAN WEB

Berikut adalah panduan membuat permohonan penempatan MySTEP di pelbagai kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC):

  1. Pergi ke laman web https://mystep.mof.gov.my/form
  2. Pilih Kementerian yang anda berminat di ruangan Pilihan 1 hingga Pilihan 3
  3. Pilih GLC yang anda berminat di ruangan Pilihan 1 hingga Pilihan 3
  4. Pilih lokasi Penempatan (Negeri) MySTEP yang anda mahu
  5. Lengkapkan maklumat peribadi di ruangan disediakan
  6. Masukkan alamat
  7. Masukkan pendapatan isi rumah, pekerjaan semasa, pendidikan tinggi dan pengalaman bekerja
  8. Muat naik CV dalam bentuk PDF di ruangan disediakan
  9. Tick pada kotak disediakan sebagai tanda setuju dan klik HANTAR

Siap! Permohonan anda telah berjaya dihantar. Sekiranya terdapat kekosongan untuk penempatan MySTEP di kementerian atau syarikat GLC yang menjadi pilihan anda, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga sebelum penempatan.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.