[Panduan Bergambar] Cara Bayar Saman Polis Di Mesin ATM Dengan Mudah
Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 80% sehingga hujung tahun 2021! Jangan lepaskan peluang ini!
Pembayaran saman bagi mendapatkan diskaun istimewa ini boleh dibuat melalui pelbagai kaedah yang dinyatakan. Yang paling mudah, anda boleh buat pembayaran saman PDRM melalui mesin ATM. Tak perlu beratur panjang di kaunter dah!
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap cara buat pembayaran saman PDRM di mesin ATM.
Isi Kandungan
TAWARAN DISKAUN SAMAN PDRM
Untuk makluman anda, diskaun saman PDRM ditawarkan sebanyak 80% sepanjang tempoh berikut:
- Sehingga 31 Disember 2021
Individu yang buat bayaran saman PDRM melalui mesin ATM juga LAYAK untuk dapat tawaran diskaun ini! Rakyat Malaysia boleh dapatkan tawaran diskaun saman dengan membuat pembayaran melalui kaedah berikut:
- Di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara
- Portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman
- Pejabat Pos Malaysia
- ATM Maybank
CARA BAYAR SAMAN DI MESIN ATM
Berikut adalah langkah demi langkah cara untuk membuat pembayaran saman PDRM di mesin ATM Maybank dengan mudah:
- Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank terdekat anda
- Masukkan kad bank dan pin bank
- Klik Paybills
- Klik Pembayaran Saman PDRM
- Klik Teruskan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda untuk semakan saman dan klik YA.
- Maklumat saman atas nombor kad pengenalan anda beserta jumlah bayaran saman akan dipaparkan.
- Klik YA untuk terus buat pembayaran
- Pembayaran saman perlu dibuat satu persatu
Siap! Anda boleh simpan resit yang dikeluarkan untuk rujukan nanti. Orang ramai diseru untuk mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19 semasa berurusan di kaunter bayaran fizikal atau ATM dan seterusnya menggalakkan pembayaran kompaun secara online.