Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

[Panduan Bergambar] Cara Bayar Saman Polis Di Mesin ATM Dengan Mudah

Oleh Cikgu Shaari • December 14, 2021 • 2 min baca

[Panduan Bergambar] Cara Bayar Saman Polis Di Mesin ATM Dengan Mudah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman sebanyak 80% sehingga hujung tahun 2021! Jangan lepaskan peluang ini!

Pembayaran saman bagi mendapatkan diskaun istimewa ini boleh dibuat melalui pelbagai kaedah yang dinyatakan. Yang paling mudah, anda boleh buat pembayaran saman PDRM melalui mesin ATM. Tak perlu beratur panjang di kaunter dah!

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap cara buat pembayaran saman PDRM di mesin ATM.

TAWARAN DISKAUN SAMAN PDRM

Untuk makluman anda, diskaun saman PDRM ditawarkan sebanyak 80% sepanjang tempoh berikut:

  • Sehingga 31 Disember 2021

Individu yang buat bayaran saman PDRM melalui mesin ATM juga LAYAK untuk dapat tawaran diskaun ini! Rakyat Malaysia boleh dapatkan tawaran diskaun saman dengan membuat pembayaran melalui kaedah berikut:

  • Di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara
  • Portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank

CARA BAYAR SAMAN DI MESIN ATM

Berikut adalah langkah demi langkah cara untuk membuat pembayaran saman PDRM di mesin ATM Maybank dengan mudah:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank terdekat anda
  2. Masukkan kad bank dan pin bank
  3. Klik Paybills
    [Panduan Bergambar] Cara Bayar Saman Polis Di Mesin ATM Dengan Mudah
  4. Klik Pembayaran Saman PDRM
    [Panduan Bergambar] Cara Bayar Saman Polis Di Mesin ATM Dengan Mudah
  5. Klik Teruskan

  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda untuk semakan saman dan klik YA.

  7. Maklumat saman atas nombor kad pengenalan anda beserta jumlah bayaran saman akan dipaparkan.
    [Panduan Bergambar] Cara Bayar Saman Polis Di Mesin ATM Dengan Mudah
  8. Klik YA untuk terus buat pembayaran
  9. Pembayaran saman perlu dibuat satu persatu

[Panduan Bergambar] Cara Bayar Saman Polis Di Mesin ATM Dengan Mudah

Siap! Anda boleh simpan resit yang dikeluarkan untuk rujukan nanti. Orang ramai diseru untuk mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19 semasa berurusan di kaunter bayaran fizikal atau ATM dan seterusnya menggalakkan pembayaran kompaun secara online.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.