Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) • Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •

Majikan Bayar Gaji Lewat? Ini Cara Buat Aduan Jika Gaji Tidak Dibayar Dalam Tempoh Ditetapkan

Oleh Cikgu Shaari • December 14, 2021 • 2 min baca

Majikan Bayar Gaji Lewat? Ini Cara Buat Aduan Jika Gaji Tidak Dibayar Dalam Tempoh Ditetapkan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pernah tak anda mengalami situasi di mana majikan lewat membayar gaji anda melebihi tempoh yang ditetapkan? Atau anda sedang mengalami situasi tersebut sekarang? Jika ya, anda sebenarnya boleh buat aduan kepada  Jabatan Buruh mengenai kesalahan majikan anda tersebut.

Kesalahan ini telah tertakluk dalam Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955. Majikan yang telah melanggar Akta tersebut boleh dikenakan tindakan tau! Berapa tempoh hari bayaran gaji yang sepatutnya dan macam mana nak buat aduan?

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kesalaham membayar gaji lewat dan cara buat aduan.

TEMPOH BAYARAN GAJI

Untuk makluman anda, mengikut Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955 majikan sepatutnya membayar gaji pekerja dalam tempoh:

  • 7 hari selepas hari terakhir tempoh gaji (biasanya sebulan)

Ini bermakna, jika anda terima gaji pada hari terakhir bulan tersebut, maka gaji seterusnya patut diterima sebelum 7 hari bulan depan. Majikan yang tidak membayar gaji dalam tempoh tersebut telah melanggar Akta tersebut.

Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan mengenai pembayaran gaji supaya ada persefahaman bersama. Jika majikan berkeras tidak mahu bayar, anda boleh ambil tindakan yang sepatutnya iaitu membuat aduan.

PANDUAN BUAT ADUAN MAJIKAN BAYAR GAJI LEWAT

Berikut adalah panduan buat aduan sekiranya majikan melanggar Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955 atau tidak membayar gaji dalam tempoh ditetapkan:

  1. Failkan aduan dengan menghantar surat rasmi kepada:
    – Jabatan Buruh yang terdekat; atau
    – emel ke jtksm@mohr.gov.my; atau
    – lawati pejabat Jabatan Tenaga Kerja tempatan terdekat; atau
    – hubungi 03 8000 8000
  2. Bawa bersama salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran atai kontrak berkaitan
  3. Tunggu notis selanjutnya dari Jabatan Tenaga Kerja (penyesiatan akan dilakukan sebelum tindakan)
  4. Pegawai Buruh boleh menghubungi majikan korang mengenai tuntutan yang dibuat. Jika majikan terima tuntutan dan setuju untuk membayar, jadi kes itu dianggap selesai dan anda perlu tarikh balik tuntutan yang dibuat.
  5. Namun jika majikan mempertikaikan tuntutan anda, Pegawai Buruh akan menetapkan tarikh untuk mendengar kes anda di Mahkamah Buruh.
  6. Kedua-dua pihak dikehendaki menghadiri pendengaran tersebut. Pengadu akan dimaklumkan melalui surat dan saman akan dikeluarkan kepada terdakwa iaitu majikan.

Prosesnya mungkin agak leceh, tetapi apa salahnya untuk anda memperjuangkan hak anda kan? Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mempertahankan hak anda sebagai pekerja. Anda juga boleh buat aduan sekiranya majikan membayar gaji kurang daripada gaji minimum yang ditetapkan iaitu RM1,200.

Rujuk: Gaji Anda Di Bawah RM1,200? Ini Cara Buat Aduan, Majikan Boleh Didenda Sehingga RM20,000

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.