MyBayar Saman: Bayar Saman Online, Terima Diskaun 50% Sehingga 15 April 2021

Seiring perubahan pola tingkah laku orang ramai yang beralih kepada transaksi melalui internet dan telefon mudah alih, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM telah membangunkan aplikasi MyBayar Saman, suatu kaedah pembayaran saman yang cepat dan mudah.

MyBayar Saman dilancarkan hari ini bersempena Sambutan Hari Polis ke 214 tahun 2021 selaras dengan objektif MyDIGITAL, sebuah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut berkenaan MyBayar Saman serta panduan penggunaannya.

MATLAMAT MYBAYAR SAMAN

MyBayar Saman merupakan kemudahan pembayaran dalam talian bagi:

  • Mewujudkan alternatif kepada orang ramai untuk membayar kompaun saman trafik berbanding dengan kaedah bayaran sedia ada
  • Menuju ke arah ekosistem digital demi meningkatkan sistem penyampaian yang lebih cepat, cekap dan mudah demi memenuhi ekspektasi orang ramai

DISKAUN SEHINGGA 50%

Bersempena Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi MyBayar Saman, pengguna portal atau aplikasi MyBayar Saman akan menikmati DISKAUN SAMAN 50% sehingga tarikh berikut:

  • 11 April 2021 DILANJUTKAN sehingga 15 April 2021

Bayar saman secara online sekarang untuk nikmati diskaun pada tempoh tersebut!

CARA BAYAR SAMAN MELALUI MYBAYAR SAMAN

Untuk makluman anda, Portal MyBayar Saman disediakan untuk rakyat Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Pengguna baru boleh mengakses ke portal dengan membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu.

Berikut adalah panduan lengkap membuat pendaftaran dan pembayaran saman melalui MyBayar Saman:

Portal MyBayar Saman (online)

MyBayar Saman: Bayar Saman Online, Terima Diskaun 50% Sehingga 11 April 202

Aplikasi MyBayar Saman

MyBayar Saman: Bayar Saman Online, Terima Diskaun 50% Sehingga 11 April 202

Jangan lepaskan peluang ini, inilah masanya untuk anda lunaskan pembayaran saman yang ada!

Semoga bermanfaat.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma