Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

Tarikh Agihan 10,000 Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Pelajar Sekolah Menengah

Oleh Cikgu Shaari • June 18, 2021 • 2 min baca

Tarikh Agihan 10,000 Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Pelajar Sekolah Menengah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pelajar sekolah di Sabah! Kerajaan Sabah akan mengagihkan 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 di negeri ini bermula bulan Julai 2021 nanti.

Kaedah ini diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Pemberian komputer riba yang membabitkan peruntukan RM15 juta itu diberi khusus untuk pelajar yang menduduki peperiksaan penting penghujung tahun ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kelayakan dan tarikh agihan bantuan komputer riba Sabah.

TARIKH AGIHAN BANTUAN KOMPUTER RIBA

Kerajaan Sabah akan mengagihkan 10,000 komputer riba untuk pelajar yang layak pada:

  • Mulai 19 Julai sehingga 18 Oktober 2021

KRITERIA KELAYAKAN

Bantuan komputer riba akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  • Pelajar warganegara berasal dari Sabah
  • Pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin tegar
  • Satu komputer untuk satu ketua isi rumah (Kir)

Untuk makluman anda, pelajar tidak perlu buat sebarang permohonan. Pihak sekolah dan jabatan akan mengenalpasti pelajar yang layak dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.

Tarikh Agihan 10,000 Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Pelajar Sekolah Menengah

Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenal pasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih kepada pelajar yang layak.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.