Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tarikh Penting Pendaftaran & Ujian MUET Sesi 1 Tahun 2022

Oleh Cikgu Shaari • December 10, 2021 • 2 min baca

Tarikh Penting Pendaftaran & Ujian MUET Sesi 1 Tahun 2022
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

MUET adalah singkatan kepada Malaysian University English Test ataupun dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Peperiksaan Khas Bahasa Inggeris bagi pelajar universiti. Peperiksaan MUET wajib diambil oleh penuntut-penuntut universiti.

Sesuai dengan namanya itu, peperiksaan MUET ini semestinya bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan Bahasa Inggeris penuntut-penuntut universiti di negara ini sekaligus mendorong penuntut universiti untuk memahirkan diri dalam menguasai bahasa antarabangsa tersebut.

Calon Persendirian yang nak ambil ujian MUET juga boleh buat permohonan melalui Sistem Pendaftaran Calon Persendirian MUET 2022 pada tarikh yang ditetapkan. Semak tarikh-tarikh penting pendaftaran dan ujian MUET 2022 di perkongsian bawah.

TARIKH PENDAFTARAN & UJIAN MUET 2022

Berikut adalah tarikh-tarikh penting pendaftaran dan ujian MUET Tahun 2022 yang perlu calon beri perhatian:

  • Tarikh pendaftaran: 7 Disember 2021 hingga 12 Januari 2022
  • Tarikh Ujian Lisan (Speaking): 15, 16, 17, 21, 22 dan 24 Mac 2022
  • Tarikh Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening): 26 Mac 2022

CARA DAFTAR MUET 2022

Pendaftaran MUET 2022 boleh dibuat secara dalam talian pada tempoh yang ditetapkan melalui pautan berikut:

Berikut adalah makluman penting pendaftaran MUET 2022 yang akan dibuka pada 7 Disember 2021:

  • Sistem Pendaftaran Calon Persendirian MUET 2022
  • Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Microsoft Edge, Mozilla Firefox dan Google Chrome versi terkini serta resolusi monitor 1280 x 1024
  • Kerajaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui portal ini.
  • Pendaftaran ini adalah untuk sesi 1
  • Pendaftaran MUET bagi Sesi 3 2022 akan dilanjutkan kepada calon STPM sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman facebook Majlis Peperiksaan Malaysia.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.