Semua Pelajar IPT Akan Terima RM100 Melalui Program eBelia

Berita baik buat belia dan pelajar IPT! Kerajaan di bawah Belanjawan 2021 sebelum ini telah memperuntukkan RM75 juta bagi Program eBelia iaitu pengkreditan RM50 ke dalam eWallet belia yang layak. Sebanyak 1.5 juta belia bakal menerima manfaat ini.

Namun Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul berkata kerajaan pada hari ini telah bersetuju untuk menambah baik program eBelia dengan meningkatkan kadar bantuan dan syarat yang lebih baik serta bakal beri manfaat ini kepada semua pelajar IPTA dan IPTS.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penambahbaikan program eBelia.

SEMUA PELAJAR IPT AKAN TERIMA RM100

Melalui penambahbaikan program eBelia yang diumumkan tadi, semua pelajar IPTA dan IPTS akan menerima manfaat ini berbanding sebelum ini hanya mengehadkan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun sahaja.

Namun TERKINI, program eBelia ditambahbaik seperti berikut:

  • Pengkreditan e-wallet RM50 kepada belia yang layak dinaikkan kepada RM100 setiap orang
  • Had umur belia tidak terhad kepada 20 tahun sahaja
  • SEMUA pelajar IPTA dan IPTS akan menerima manfaat ini walaupun berumur 20 tahun ke atas

Golongan bujang yang berumur 21 dan ke atas yang bukan mahasiswa IPTA/IPTS  tidak perlu risau kerana anda akan terima bantuan bujang di bawah Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350 seorang.

RM100 AKAN DIKREDITKAN KE DALAM EWALLET

Bagi belia dan mahasiswa yang layak, anda akan terima RM100 dalam bentuk kredit untuk Belanjawan 2021 kali ini. Ini adalah bagi menggalakkan penggunaan eWallet yang lebih kerap dan mengurangkan penggunaan wang fizikal untuk tujuan pembelian.

Mekanisma penyaluran masih tidak diperincikan tapi berkemungkinan besar ia adalah kesinambungan kepada e-Tunai Rakyat dan e-Penjana yang diberikan tahun lalu. Pada ketika itu, syarat-syarat menerima RM50 e-Penjana adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun berdasarkan rekod LHDN
  • Telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
  • Memiliki salah satu daripada 3 eWallet iaitu Grab, Boost atau Touch n Go eWallet

Isi rumah yang dari golongan B40 dan M40 juga tidak terkecuali daripada menerima bantuan di bawah Belanjawan 2021. Bantuan Prihatin Rakyat akan menggantikan Bantuan Sara Hidup. Isi rumah bakal menerima manfaat sehingga RM1800.

Kerajaan pada hari ini juga telah meluluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar diperluas kepada semua Ahli KWSP yang melibatkan seramai 8 juta Ahli. Baca selanjutnya DI SINI.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma