Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Permohonan Baru i-Sinar Dibuka Sehingga 30 Jun 2021

Oleh Cikgu Shaari • June 25, 2021 • 3 min baca

Permohonan Baru i-Sinar Dibuka Sehingga 30 Jun 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut mengambil kira maklum balas pihak awam. Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

Walaubagaimanapun KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama 6 bulan adalah kekal dan individu yang belum buat permohonan i-Sinar masih boleh mohon sehingga 30 Jun 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemansuhan syarat i-Sinar.

TARIKH PERMOHONAN I-SINAR

Permohonan i-Sinar boleh dibuat sehingga:

  • Tarikh tutup: 30 Jun 2021

TUJUAN PEMANSUHAN SYARAT I-SINAR

Pemansuhan syarat i-Sinar diperkenalkan adalah bagi:

  • Memberi kemudahan pengeluaran
  • Membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 tertakluk kepada baki sedia ada
  • Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik mulai 8 Mac 2021

JUMLAH PENGELUARAN KEKAL

KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum adalah kekal seperti berikut:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akaun dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000

Semak: Jadual Pembayaran i-Sinar

PERMOHONAN I-SINAR TANPA SYARAT

Terkini, KWSP telah memaklumkan permohonan i Sinar tanpa syarat adalah bermula 8 Mac 2021 ini. KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon mula buat permohonan i-Sinar tanpa syarat bermula 8 Mac.

Pemohon TIDAK PERLU memuat naik sebarang dokumen bagi membuat permohonan i-Sinar tanpa syarat. Pemohon yang pernah membuat permohonan sebelum ini dan GAGAL juga LAYAK mohon i-Sinar tanpa syarat.

Baca juga: Cara Tukar Amaun Pengelauaran i-Sinar Secara Online

Rasmi: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Mulai 8 Mac 2021

CARA MOHON I SINAR TANPA SYARAT

Berikut adalah cara mohon i-Sinar tanpa syarat bermula 8 Mac 2021:

  1. Pergi ke pautan https://isinar.kwsp.gov.my/. Klik PERMOHONAN BARU
    Rasmi: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Kini Sibuka
  2. Isikan Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit dan klik TERUSKAN
    Rasmi: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Kini Sibuka
  3. isikan Nombor OTP yang diterima ATAU Jawan Soalan keselamatan
    Rasmi: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Kini Sibuka
  4. Tetapkan Amaun Pilihan, bayaran Bulanan Pertama dan klik TERUSKAN. Lengkapkan maklumat pemohon
    Rasmi: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Kini Sibuka
  5. Lengkapkan Maklumat Permohonan dan Klik TERUSKAN. Permohonan anda diterima dan akan diproses
    Rasmi: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Kini Sibuka

Hanya 5 HARI sahaja tempoh kelulusan diambil.

SEMAKAN STATUS BAYARAN & KELULUSAN

Bagi Ahli yang telah membuat permohonan sebelum ini dan permohonan masih dalam proses, anda boleh buat semakan semula status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Jangan risau, semua permohonan akan diluluskan. Ahli hanya perlu semak tarikh bayaran sahaja. Semakan status permohonan boleh dibuat di sini:

Rasmi: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Mulai 8 Mac 2021

CONTOH SITUASI

Bagi memberi penjelasan lanjut, berikut adalah contoh situasi ahli:

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-SInar di 03 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.