Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Buat Semakan Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 Mulai 8 Februari

Oleh Cikgu Shaari • February 8, 2021 • 2 min baca

Cara Buat Semakan Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 Mulai 8 Februari
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter
Berikut merupakan Panduan Lengkap Cara Buat Semakan Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 1 & 2.

Seperti yang diumumkan, permohonan pengeluaran i-sinar KWSP bagi kategori 1 kini telah dibuka secara online melalui laman isinar.kwsp.gov.my manakala bagi kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021.

Pemohon yang telah membuat permohonan pasti sudah tidak sabar untuk semak status permohonan i-Sinar kan? Dengan harapan permohonan diluluskan dan boleh buat pengeluaran i-sinar bagi membantu meneruskan kehidupan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak tarikh semakan status permohonan i-sinar dan panduan lengkap membuat semakan status permohonan i-sinar.

TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN i-SINAR KWSP

Tarikh semakan permohonan i-Sinar KWSP bagi kedua-dua kategori adalah seperti berikut:

Kategori 1:

  • Tarikh semakan status permohonan i-sinar: 4 Januari 2021

Kategori 2:

  • Tarikh semakan status permohonan i-sinar: 8 Februari 2021

Baca juga: i-Sinar: Tempoh Diambil Untuk Kelulusan & Duit Masuk Bagi Permohonan Baru i-Sinar

CARA BUAT SEMAKAN PERMOHONAN i-SINAR

Berikut adalah panduan membuat semakan status permohonan i-Sinar KWSP:

  1. Pergi ke laman web isinar.kwsp.gov.my
    Cara Buat Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 1 & 2
  2. Klik butang SEMAK STATUS
    Cara Buat Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 1 & 2
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan disediakan
  4. Klik SEMAK

Status permohonan i-sinar anda akan dipaparkan. Pembayaran pertama akan mula dibuat seperti jadual pembayaran i-sinar yang ditetapkan. Pembayaran bagi permohonan yang layak akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Rujuk: Tarikh Bayaran Kedua i-Sinar Dikreditkan Ke Akaun Bank Mengikut Tarikh Bayaran Pertama

Untuk maklumat lanjut berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.