Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 • Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 •

Tarikh Bayaran Kedua i-Sinar Dikreditkan Ke Akaun Bank Mengikut Tarikh Bayaran Pertama

Oleh Cikgu Shaari • February 2, 2021 • 2 min baca

Tarikh Bayaran Kedua i-Sinar Dikreditkan Ke Akaun Bank Mengikut Tarikh Bayaran Pertama
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tahniah sekiranya anda lulus permohonan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP anda melalui program i-Sinar. Permohonan i-Sinar dibuka sehingga 30 Jun 2021. Bagi yang baru nak buat permohonan, ketahui tempoh diambil untuk dapat kelulusan dan wang masuk ke akaun.

Seperti yang kita tahu, pembayaran i-Sinar bagi pengeluaran RM10,000 akan dibayar secara berperingkat. Pemohon yang lulus akan terima bayaran bulan pertama terlebih dahulu sehingga RM5,000 dan baki RM5,000 akan dibayar setiap bulan secara berperingkat.

Bayaran pertama selalunya akan dibayar dalam tempoh seminggu selepas permohonan diluluskan. Bila pula bayaran kedua akan dibuat?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tarikh bayaran kedua i-Sinar dibuat berdasarkan tarikh permohonan.

JADUAL PEMBAYARAN BULAN PERTAMA

Semak jadual pembayaran bulan pertama mengikut jumlah pengeluaran pemohon:

Baki Simpanan RM100,000 dan ke bawah

Semakan Tarikh & Jadual Pembayaran i-Sinar KWSP

Baki Simpanan Akaun 1 Lebih dari RM100,000

Semakan Tarikh & Jadual Pembayaran i-Sinar KWSP

BILA BAYARAN KEDUA i-SINAR DITERIMA?

Menurut jawapan pihak KWSP, bayaran kedua i-Sinar dibuat seperti berikut:

Tarikh Bayaran Kedua i-Sinar Dibuat Mengikut Tarikh Permohonan Diluluskan

Ringkasnya,

  • Tempoh bayaran kedua adalah sama seperti tarikh bayaran bulan pertama (Jika terima bayaran pertama pada 6 Januari, maka bayaran kedua adalah sekitar 6 Februari jika jatuh pada hari bekerja; ATAU
  • Maksimum dalam tempoh 2 minggu; ATAU
  • Sebelum akhir bulan berkenaan

TARIKH JANGKAAN BAYARAN KEDUA i-SINAR

Berikut adalah jadual pembayaran duit i-Sinar bulan kedua berdasarkan tarikh bayaran pertama diterima:

Tarikh Bayaran Kedua i-Sinar Dibuat Mengikut Tarikh Permohonan Diluluskan

Nota: Tarikh bayaran i-Sinar masuk ke bank adalah bergantung kepada cuti hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum. Wang masuk ke bank pada hari bekerja sahaja, Jadual bayaran ini hanya terpakai kepada permohonan kategori 1 sahaja.
Walaubagaimanapun, anda boleh semak tarikh bayaran pertama dan bayaran kedua anda secara online melalui i-Akaun dengan LANGKAH MUDAH INI. Setiap bayaran bagi setiap pemohon mungkin berbeza-beza. Anda dinasihatkan untuk semak i-Akaun masing-masing untuk tahu bayaran i-Sinar.
Semoga bermanfaat!

Baca juga: Status i-Sinar: Penjelasan Maksud Setiap Warna Status Permohonan i-Sinar Anda

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.