Semakan & Permohonan

Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Dengan Mudah Secara Online

March 8, 2021Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Dengan Mudah Secara Online

Sebelum ini, kita dikhabarkan bahawa sebarang pertukaran atau pindaan amaun pengeluaran i-Sinar bagi yang telah menghantar permohonan adalah tidak dibenarkan. Namun, kini anda BOLEH membuat pindaan atau pertukaran amaun pengeluaran i-Sinar dengan mudah mulai 8 Mac!

Pindaan amaun i-Sinar KWSP ini selaras dengan keputusan pihak KWSP untuk memansuhkan syarat kelayakan untuk permohonan i-Sinar. Mulai 8 Mac juga, Ahli KWSP kini boleh buat permohonan i-Sinar tanpa syarat.

Bagi Ahli yang ingin buat pindaan amaun, ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat pertukaran amaun pengeluaran  i-Sinar.

PINDAAN AMAUN PENGELUARAN I-SINAR

Berikut adalah beberapa MAKLUMAT PENTING berkenaan pindaan amaun pengeluaran i-Sinar yang anda perlu tahu:

  • Pindaan amaun pengeluaran i-Sinar boleh dibuat SEKALI SAHAJA
  • Ahli diminta untuk pastikan amaun yang dikehendaki adalah BETUL
  • Pengeluaran adalah berdasarkan had pengeluaran yang ditetapkan sebelum ini.
    – Maksimum RM10,000 bagi baki akaun RM100,000 dan ke bawah
    – Maksimum RM60,000 bagi baki akaun RM100,000 ke atas
  • Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
  • Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
    – Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
    – Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
    – Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat

Semak: Jadual Pembayaran i-Sinar

CARA TUKAR AMAUN PENGELUARAN I SINAR

Berikut adalah cara tukar amaun pengeluaran i-Sinar secara online:

  1. Pergi ke laman https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik PINDAAN PENGELUARAN
    Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Dengan Mudah Secara Online
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Klik TERUSKAN
    Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Dengan Mudah Secara Online
  4. Sahkan nombor OTP yang dihantar ke nombor telefon
    Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Dengan Mudah Secara Online
  5. Lengkapkan maklumat yang diminta
    Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Dengan Mudah Secara Online
  6. Masukkan amaun pilihan baharu, tanda pada kotak yang disediakan dan klik TERUSKAN.
    Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Dengan Mudah Secara Online

Setelah selesai, permohonan anda akan diproses dan memerlukan masa 5 HARI BEKERJA untuk mendapat kelulusan.

Sekali lagi diingatkan, pindaan pengeluaran i-Sinar boleh dibuat SEKALI SAHAJA. Ahli dinasihatkan untuk buat keputusan sebaiknya dan tidak perlu terburu-buru kerana permohonan dan pindaan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2021.

Semoga bermanfaat!

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda