Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Jadual Sesi Persekolahan Di Rumah Selepas Cuti Raya & Tarikh Kemasukan Semula Ke Sekolah

Oleh Cikgu Shaari • April 28, 2021 • 2 min baca

Jadual Sesi Persekolahan Di Rumah Selepas Cuti Raya & Tarikh Kemasukan Semula Ke Sekolah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti dimaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat keputusan untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selepas cuti perayaan nanti. KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.

Pendekatan ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM. Keputusan ini juga diambil memandangkan peningkatan kes harian dapat dilihat semakin mendadak.

Ibu bapa dan pelajar diminta untuk ambil perhatian dengan jadual sesi persekolahan secara PdPR selepas cuti raya dan tarikh kemasukan semua ke sekolah.

CUTI PERISTIWA & CUTI GANTI

Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada 11 MEI 2021. KPM telah membuat ketetapan bahawa:

  • Kumpulan A
    Cuti peristiwa dan cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021
  • Kumpulan B
    Cuti peristiwa dan cuti ganti pada 10 Mei 2021

Oleh yang demikian, tarikh cuti adalah seperti berikut:

  • Kumpulan A
    Bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021
  • Kumpulan B
    Bercuti pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021

TARIKH PELAKSANAAN PdPR

Pembelajaran di rumah (PdPR) akan dijalankan selepas cuti perayaan selama 2 minggu iaitu pada:

  • Kumpulan A
    Tarikh PdPR: 16 Mei ~ 27 Mei 2021
  • Kumpulan B
    Tarikh PdPR: 17 Mei ~ 28 Mei 2021

Selepas tarikh pelaksanaan PdPR berikut, pelajar akan meneruskan cuti penggal pada:

  • Kumpulan A:
    Cuti penggal: 28 Mei ~ 12 Jun
  • Kumpulan B
    Cuti penggal: 29 Mei ~ 13 Jun 2021

TARIKH KEMASUKAN KE SEKOLAH SEMULA

Ini bermaksud, pelajar akan meneruskan pembelajaran di sekolah semula selepas cuti penggal sekiranya tiada sebarang perubahan daripada pihak KPM.  Tarikh kemasukan pelajar ke sekolah semula adalah pada:

  • Kumpulan A
    13 Jun 2021
  • Kumpulan B
    14 Jun 2021
Nota: Tarikh kemasukan ini adalah tertakluk kepada perubahan pengumuman KPM dari masa ke semasa.
Kumpulan A:
Sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Kumpulan B:
Sekolah-sekolah di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.