Semakan Panggilan eUKCG ISMP 2026 Kini Dibuka: Calon Guru Boleh Semak Mulai 12 Mei 2026 •Boleh Ke Tanya Panel Kenapa Gagal Temuduga? Ini Cara Yang Lebih Profesional •Ramai Gagal Interview Kerana Abaikan Checklist Ini •Ramai Tak Sedar Bahagian Expected Salary Boleh Jejaskan Peluang Kerja •Ramai Fresh Graduate Masih Salah Tulis Cover Letter: Ini Cara Yang Recruiter Sebenarnya Mahu Baca Tahun 2026 • Semakan Panggilan eUKCG ISMP 2026 Kini Dibuka: Calon Guru Boleh Semak Mulai 12 Mei 2026 •Boleh Ke Tanya Panel Kenapa Gagal Temuduga? Ini Cara Yang Lebih Profesional •Ramai Gagal Interview Kerana Abaikan Checklist Ini •Ramai Tak Sedar Bahagian Expected Salary Boleh Jejaskan Peluang Kerja •Ramai Fresh Graduate Masih Salah Tulis Cover Letter: Ini Cara Yang Recruiter Sebenarnya Mahu Baca Tahun 2026 •

BSH Diganti Dengan BPR, Isi Rumah Bakal Terima Bantuan Sehingga RM1800 Manakala Bujang RM350

Oleh Cikgu Shaari • November 6, 2020 • 1 min baca

BSH Diganti Dengan BPR, Isi Rumah Bakal Terima Bantuan Sehingga RM1800 Manakala Bujang RM350
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Menurut pembentangan Belanjawan 2021 yang diumumkan tadi, Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021 akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH.

Ikuti perkongsian di bawah untuk kadar bantuan dan kategori pendapatan buat isi rumah melalui BPR.

KADAR BANTUAN DAN KATEGORI PENDAPATAN

Isi rumah akan menerima kadar bantuan berbeza mengikut kategori pendapatan seperti berikut:

  • Isi rumah pendapatan kurang RM2500 mempunyai sehingga seorang anak akan terima bantuan RM1200
  • Isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan terima bantuan sebanyak RM1800
  • Isi rumah pendapatan antara RM2501 hingga RM4000 dan mempunyai seorang anak akan terima RM800
  • Isi rumah mempunyai dua orang anak atau lebih akan terima bantuan sebanyak RM1200
  • Iri rumah pendapatan RM4001 hingga RM5000 akan terima RM500 bagi yang mempunyai seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih

Tengku Zafrul berkata, individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula akan menerima bantuan RM350.

Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun berbanding syarat sebelum ini iaitu 40 tahun.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.