Pengambilan Penolong Pegawai Tadbir KKM Dibuka, Ini Cara Mohon Dengan STPM/ Diploma

Berita baik buat warganegara Malaysia yang sedang mencari penempatan kerja dan berminat nak kerja dengan Kerajaan! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini membuka peluang kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) untuk diisi di seluruh Malaysia.

Jangan lepaskan peluang ini, inilah peluang untuk anda yang berkelayakan mohon jawatan di KKM dalam bidang yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem permohonan jawatan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

Baca: [Lengkap] Senarai Tugas Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM Anda Perlu Tahu

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Nama jawatan: Penolong Pegawai Tadbir N29 (Rekod Perubatan)
  • Kekosongan: Semenanjung, Sabah & Sarawak
  • Tarikh tutup permohonan: 09 Mei 2024

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • STAM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

KEPERLUAN BIDANG PENGKHUSUSAN

Berikut adalah keperluan bidang pengkhususan seperti ditetapkan oleh jabatan:

  • Pengurusan Organisasi, Pentadbiran, Operasi
  • Sistem Pengurusan Maklumat; atau
  • Pengurusan Rekod/ Rekod Perubatan

Baca juga: Fungsi Unit Rekod Perubatan Di Hospital?

CARA MOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Calon yang berminat perlu mendaftarkan/ mengemaskini permohonan bagi jawatan dan gred di atas sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Calon dinasihatkan untuk memastikan pusat temuduga dikemaskini sebelum atau pada tarikh tutup iklan berdasarkan tempat berkhidmat semasa.

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Berikut adalah panduan buat permohonan:

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 3

Pilih kelayakan anda dan pilih jawatan berkaitan

361 Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit & Juruaudit Dibuka. Ini Cara Mohon Melalui SPA9

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Selamat memohon kepada yang layak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus mewujudkan lebih banyak peluang perjatawan tetap dari semasa ke semasa.

Baca: Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29 (Rekod Perubatan) KKM

Untuk maklumat lanjut iklan jawatan kosong KKM yang ditawarkan, anda boleh semak di laman https://www.spa.gov.my/

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma