Boleh Ke Tanya Panel Kenapa Gagal Temuduga? Ini Cara Yang Lebih Profesional •Ramai Gagal Interview Kerana Abaikan Checklist Ini •Ramai Tak Sedar Bahagian Expected Salary Boleh Jejaskan Peluang Kerja •Ramai Fresh Graduate Masih Salah Tulis Cover Letter: Ini Cara Yang Recruiter Sebenarnya Mahu Baca Tahun 2026 •Cara Dapatkan Sponsor Untuk Projek Akhir Universiti (FYP) Tahun 2026: Panduan Lengkap Pelajar • Boleh Ke Tanya Panel Kenapa Gagal Temuduga? Ini Cara Yang Lebih Profesional •Ramai Gagal Interview Kerana Abaikan Checklist Ini •Ramai Tak Sedar Bahagian Expected Salary Boleh Jejaskan Peluang Kerja •Ramai Fresh Graduate Masih Salah Tulis Cover Letter: Ini Cara Yang Recruiter Sebenarnya Mahu Baca Tahun 2026 •Cara Dapatkan Sponsor Untuk Projek Akhir Universiti (FYP) Tahun 2026: Panduan Lengkap Pelajar •

Fungsi Unit Rekod Perubatan Di Hospital?

Oleh Cikgu Shaari • December 18, 2020 • 3 min baca

Fungsi Unit Rekod Perubatan Di Hospital?
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter
Ketahui fungsi Unit Rekod Perubatan di Hospital yang ramai tidak tahu sebagai rujukan calon yang bakal menduduki PSEE atau temuduga jawatan Pegawai Tadbir Rekod Perubatan atau jawatan berkaitan.

Secara umumnya, setiap individu yang mendapat rawatan di mana-mana klinik atau hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempunyai rekod perubatannya sendiri dan disimpan oleh pihak KKM sebagai rekod individu dan sinonim dengan sebutan “One Patient One Folders”.

Fungsi Unit Rekod Perubatan yang utama anda perlu tahu adalah menguruskan semua rekod perubatan pesakit di dalam hospital dengan beberapa fungsi utama lain.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut fungsi Unit Rekod Perubatan di Hospital dan pegawai yang bertugas di bawah unit ini.

FUNGSI UNIT REKOD PERUBATAN HOSPITAL

Berikut adalah empat fungsi Unit Rekod Perubatan Hospital:

1. Bahagian Pentadbiran dan Kualiti

Fungsi Unit Rekod Perubatan Hospital Bahagian Pentadbiran dan Kualiti:

  • Pengurusan Unit Rekod Perubatan
  • Pemantauan objektif kualiti unit
  • Pengurusan anggota Unit Rekod Perubatan

2. Bahagian Pengurusan Statistik

Fungsi Unit Rekod Perubatan Hospital Bahagian Pengurusan Statistik:

  • Mengkod penyakit berdasarkan Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD10 Rev.)
  • Penyediaan laporan HMIS dan bukan HMIS
  • Backup pangkalan data

3. Bahagian Pengurusan Perpustakaan

Fungsi Unit Rekod Perubatan Hospital Bahagian Perpustakaan:

  • Menerima, merekod dan menfail rekod perubatan
  • Mengesan rekod perubatan pesakit
  • Pelupusan rekod perubatan pesakit yang tidak aktif

4. Bahagian Pengurusan Laporan Perubatan

Fungsi Unit Rekod Perubatan Hospital Bahagian Pengurusan Laporan Perubatan:

  • Penyediaan Laporan Polis
  • Penyediaan Laporan Insuran
  • Penyediaan Laporan Perubatan Biasa
  • Penyediaan Lain-lain Laporan

Fungsi Unit Rekod Perubatan Di Hospital?

OBJEKTIF UNIT REKOD PERUBATAN

Selain fungsi Unit Rekod Perubatan Hospital, ketahui juga objektif Unit Rekod Perubatan Hospital:

  • Mewujudkan Unit Rekod Perubatan yang amanah dan dapat menjaga kerahsiaan maklumat hospital.
  • Meningkatkan taraf keselamatan pejabat rekod perubatan serta tempat – tempat simpanan rekod perubatan yang lain.
  • Mewujudkan satu sistem rekod perubatan yang terpelihara dan boleh dirujuk bagi tujuan maklumat perubatan, perawatan, pengajaran, pembelajaran, perundangan dan penyelidikan.
  • Memahami pengurusan sistem rekod perubatan dan menyesuaikannya mengikut perkembangan teknologi dan kehendak semasa.
  • Memastikan agar dapat mengkodkan (coding) jenis – jenis penyakit dengan lebih tepat.
  • Memastikan agar dapat mengumpul dan menyediakan penyata perangkaan hospital yang mudah, sistematik dan boleh dipercayai.

KEGUNAAN REKOD PERUBATAN

Jika nak tahu, rekod perubatan yang disimpan di Unit Rekod Perubatan Hospital adalah:

  • Sebagai dokumen rujukan rawatan semua pesakit di klinik atau hospital
  • Sebagai sumber pengumpulan data untuk sesi latihan perubatan, kajian, penyelidikan dan laporan statistik
  • Sebagai kegunaan untuk penyediaan laporan perubatan

PEGAWAI BERTUGAS DI UNIT REKOD PERUBATAN HOSPITAL

Untuk makluman anda, antara pegawai yang bertanggungjawab di bawah Unit Rekod Perubatan Hospital dalam memastikan fungsi unit ini berjalan lancar adalah Pegawai Tadbir Rekod Perubatan KKM.

Berikut adalah tugas seorang Pegawai Tadbir Unit Rekod Perubatan KKM yang anda perlu tahu:

Semoga perkongsian fungsi Pegawai tadbir Unit Rekod Perubatan KKM ini dapat membantu anda menjawab persoalan anda.

RUJUKAN PEGAWAI TADBIR REKOD PERUBATAN

Untuk persediaan peperiksaan Pegawai Tadbir Rekod Perubatan anda boleh dapatkan rujukan khas di bawah yang dikeluarkan khas untuk panduan peperiksaan kali ini.

TEMPAH RUJUKAN PEGAWAI TADBIR

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.