Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Portal MalaysiaBiz: Cara Daftar & Mohon Lesen Perniagaan Secara Online

Oleh Cikgu Shaari • December 18, 2020 • 2 min baca

Portal MalaysiaBiz: Cara Daftar & Mohon Lesen Perniagaan Secara Online
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan telah memperkenalkan portal MalaysiaBiz sebagai pusat sehenti bagi memudahkan pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen perniagaan dalam talian secara efisyen.

Menyedari pentingnya platform digital dalam bidang perniagaan dan sumbangan PKS kepada ekonomi negara, Portal MalaysiaBiz telah dibangunkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk menjadi pemudah cara dalam urusan perniagaan setempat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk cara membuat pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen melalui Portal MalaysiaBiz.

6 BADAN PENDAFTAR PERNIAGAAN & PBM

Menurut Perdana Menteri, 6 badan pendaftar perniagaan serta 11 Pihak Berkuasa Melesen (PBM) menjadi rakan strategik portal tersebut iaitu:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Lembaga Arkitek Malaysia
  • Lembaga Jurutera Malaysia
  • Lembaga Juruukur Tanah Malaysia
  • Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Pihak Berkuasa Melesen (PBM) terlibat adalah:

  • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • KPKT
  • Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)
  • DBKL
  • MBPJ
  • MBPP
  • CIDB
  • Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
  • MPSJ
  • Majlis Perbandaran Kuantan

KEMUDAHAN PORTAL MALAYSIABIZ

Portal MalaysiaBiz telah dibangunkan dengan kerjasama SME Corp dan rakan strategik bersama Badan Pendaftar Perniagaan dan Pihak Berkuasa Melesen sebagai gerbang setempat bagi pendaftaran dan pelesenan perniagaan secara dalam talian

Antara kemudahan yang disediakan Portal MalaysiaBiz dalam membantu pengguna memulakan perniagaan adalah:

  • Mendapatkan pendaftaran perniagaan dan maklumat pelesenan daripada agensi berkaitan
  • Memohon lesen perniagaan dalam talian
  • Selesaikan urusan pendaftaran

CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ

Berikut adalah langkah menggunakan Portal MalaysiaBiz untuk menggunakan pelbagai kemudahan:

  1. Layari portal MalaysiaBiz di laman https://malaysiabiz.gov.my/ms
  2. Pilih salah satu sama ada PENDAFTARAN PERNIAGAAN atau PELESENAN PERNIAGAAN
    Portal MalaysiaBiz: Cara Daftar & Mohon Lesen Perniagaan Secara Online

Pendaftaran Perniagaan

Untuk pendaftaran perniagaan, anda hanya perlu masukkan maklumat yang diminta seperti berikut:

Portal MalaysiaBiz: Cara Daftar & Mohon Lesen Perniagaan Secara Online

Setelah klik Cari, maklumat anda akan ditambah ke bahagian MySelection bagi meneruskan permohonan.

Portal MalaysiaBiz: Cara Daftar & Mohon Lesen Perniagaan Secara Online

Setelah selesai, klik bahagia MYSELECTION di kanan laman. Maklumat pendaftaran perniagaan akan dipaparkan. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Mohon Lesen Perniagaan

Untuk memohon lesen perniagaan, klik PERMOHONAN LESEN PERNIAGAANPortal MalaysiaBiz: Cara Daftar & Mohon Lesen Perniagaan Secara Online

Masukkan maklumat perniagaan anda dan klik SEARCH. Ikut langkah-langkah yang ditunjukkan sehingga selesai.

Portal MalaysiaBiz: Cara Daftar & Mohon Lesen Perniagaan Secara Online

Perdana Menteri Muhyiddin menyeru usahawan kecil dan sederhana dan individu yang berminat dengan perniagaan untuk menggunakan kemudahan yang disediakan iaitu mendaftar dan mohon lesen perniagaan melalui portal MalaysiaBiz.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.