Aplikasi PULSE: Lebih Mudah Semak Masa Bas & Tren Rapid KL Sepanjang Masa

Dengan aplikasi PULSE, pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang ini boleh merancang perjalanan yang lebih baik. Sudah tidak perlu ternanti-nanti tren atau bas kerana tiba terlalu awal atau sebagainya.

PULSE adalah satu aplikasi perancang perjalanan rel dan bas yang baru dilancarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hariniini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut aplikasi PULSE.

APLIKASI PULSE

PULSE, atau singkatan dari ‘Planning Your Lifestyle Efficiently’ (Rancang gaya hidup anda dengan cekap) adalah satu lagi inisiatif daripada Kumpulan Prasarana untuk meningkatkan lagi kemudahan dan keselesaan untuk orang ramai, menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Kumpulan Prasarana.

PULSE baru dilancarkan hari ini dan pelancarannya disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman di Kompleks Rapid Rail, Subang.

Untuk peringkat permulaan, aplikasi PULSE boleh diguna pakai untuk perkhidmatan Rapid KL meliputi:

  • LRT Laluan Kelana Jaya
  • LRT Laluan Ampang
  • LRT Laluan Sri Petaling
  • Laluan monorel
  • Bas Rapid Transit – Laluan Sunway
  • Bas henti-henti Rapid KL
  • Bas perantara Jom Naik LRT

PULSE akan dikembangkan untuk fasa kedua bagi meliputi perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan pertengahan tahun depan.

Selain merancang laluan perjalanan, PULSE turut menyediakan maklumat tentang status perkhidmatan setiap mod perkhidmatan Prasarana dan jangkaan masa ketibaan atau ‘Estimated Time of Arrival’ (ETA). Ia juga akan memberikan waktu sebenar atau ‘real time’ untuk lokasi-lokasi bas dan juga tren.

CARA DAPATKAN APLIKASI PULSE

Menurut Dato’ Sri Tajuddin, aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon pintar masing-masing melalui:

  • Google Play Store – Mulai minggu depan
  • Apple App Store – Sebelum Tahun Baru

Semoga aplikasi PULSE ini dapat digunakan sebaiknya oleh warga kota yang sememangnya direka sebagai mesra pelanggan damudah digunakan. Dengan adanya aplikasi baru ini, para pengguna perkhidmatan awam kendalian Prasarana dapat merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma