Kerjaya

Sime Darby Buka Tawaran Kekosongan PROTEGE Buat Graduan. Elaun Sehingga RM2,000 Diberi

May 2, 2024Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Sime Darby Berhad Professional Training And Education For Growing Entrepreneurs (PROTEGE) meneruskan matlamat untuk mengembangkan kumpulan bakat graduan di Malaysia. PROTEGE bertujuan untuk melengkapkan graduan Malaysia dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk terus maju dalam dunia korporat dan pekerjaan.

Program ini akan membekalkan graduan dengan latihan kemahiran insaniah dan latihan tempat kerja yang pasti memberi manfaat kepada graduan yang tiada pengalaman. Graduan di Malaysia dipelawa untuk mohon tawaran program PROTEGE yang kini dibuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program PROTEGE SIME DARBY yang ditawarkan dan cara mohon.

MAKLUMAT PROTEGE

  • Nama majikan: Sime Darby Berhad
  • Nama Program: PROTEGE 2024
  • Pengambilan: Rujuk Iklan
  • Tarikh tutup permohonan: Rujuk Iklan

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah:

  • Warganegara Malaysia berumur 30 tahun dan ke bawah
  • Graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.7 dan ke atas
  • SEMUA bidang pengajian adalah layak mohon
  • Graduan menganggur lebih daripada 2 tahun
  • Boleh bertutur dalam bahasa Mandari atau bahasa lain akan menjadi kelebihan tambahan

Bidang Kelayakan

Sime Darby sedang membuka tawaran kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berikut:

  • Business: Business Administration, Accounting, Finance, Marketing, Statistics
  • Engineering: Chemical Engineering, Mechanical Engineering, Civil Engineering, Electrical Engineering, Robotics
  • Human Resources: HR management, Social Studies
  • Other courses: Occupational & Health/Safety, Quantity Surveyor, Building Management
  • Regional Office: Civil Engineering, Civil Engineering and Environmental, Safety & Health Management, Admin Management, Business Management
  • Mills: Mechanical/Chemical/Electrical Engineering
  • Estates: Plantation Management, Agrotechnology, Agriculture, Agriculture and Science (Agribusiness)

CARA MOHON

Graduan yang berminat untuk mengikuti program PROTOGE  di Sime Darby dipelawa untuk mohon. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman berikut:

PERMOHONAN PROTEGE SIME DARBY 

Sumber dari https://www.facebook.com/HEJIMFPER/

Topik artikel ini
Kerjaya Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda