Tawaran Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UUM Ambilan September 2022 Dibuka
Buat graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang bukan dari bidang pendidikan dan berminat untuk menjadi seorang tenaga pengajar atau guru, inilah peluang anda. Universiti Utara Malaysia (UUM) kini membuka tawaran kemasukan ke Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam pelbagai bidang bagi kemasukan September 2022.
Setelah tamat pengajian, graduan DPLI bersedia memenuhi keperluan tenaga pengajar, khususnya di sekolah menengah atau institusi pendidikan peringkat pra-universiti sebagai guru atau pensyarah pra-universiti dalam pelbagai bidang ilmu, sama ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau di kolej swasta.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan kemasukan DPLI di UUM ambilan September 2021.
Isi Kandungan
MAKLUMAT DPLI UUM
- Mod pengajian: Sepenuh masa
- Tempoh pengajian: 3 semester (1 tahun)
- Tarikh Kemasukan: September 2022
- Tempat pengajian: Pusat Pengajian Pendidikan, UUM
- Tempoh praktikal pengajaran: 16 minggu di sekolah
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan kemasukan ke program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PGDE) September 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 1 Mei hingga 31 Julai 2022
BIDANG DITAWARKAN
UUM menawarkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah bagi bidang pengajian berikut:
- Bahasa Melayu
- Pendidikan Islam
- English Language Teaching (ELT)
SYARAT KELAYAKAN
Graduan Ijazah yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian daripada UUM atau mana-mana institusi pengajian tinggi
- Keputusan akademik dengan sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas; ATAU
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan; ATAU
- Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.50 dan pengalaman mengajar tidak kurang daripada 3 tahun
- Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UUM
PELUANG PEKERJAAN
Antara peluang pekerjaan menanti lepasan DPLI UUM adalah:
- pendidikan (awam dan swasta)
- Penggubal Kurikulum
- Content Creator
- Pempengaruh Pendidikan (Influencer in Education)
- Usahawan Guru (Edupreneur)
- Tutor Peribadi
CARA MOHON
Individu yang berminat dengan program pengajian yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan boleh buat permohonan sehingga 31 Julai 2022. Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut berkenaan program DPLI UUM, anda boleh terus hubungi Dr Mohd Tarmizi di talian berikut:
- Tel: 04 9285387