Cara Apply Permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah atau Menengah Sepanjang 2020

Pernah terfikir nak jadi Guru Ganti? Nak mohon Guru Ganti tapi tak tahu cara? Borang Guru Ganti Sekolah nak ambil atau download kat mana?

Sedikit perkongsian untuk anda, Cara Apply Permohonan Guru Ganti 2020 Sekolah Rendah atau Menengah.

Pastikan anda ikut langkah-langkah memohon Guru Ganti seperti yang dikongsikan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN MOHON GURU GANTI

Jawatan kosong guru ganti merupakan jawatan untuk lepasan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan seperti PISMP.

Antara syarat permohonan jawatan ini ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera
  • Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah)
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM) / Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi / IV Senawi
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina (SPM)
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM)

Jadi, yang berminat dengan kerjaya Guru tapi tidak berpeluang boleh cuba mohon menjadi Guru Ganti terlebih dahulu.

Pastikan anda cukup syarat seperti yang disebutkan di atas. Jawatan ini juga hanya ditawarkan secara kontrak tidak lebih dari 3 bulan.

APA ITU GURU GANTI?

Umumnya, guru ganti ialah individu yang tiada latihan asas perguruan yang ditempatkan di suatu sekolah bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Baca juga: Permohonan Guru IPG PISMP

Guru Ganti dilantik untuk mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman. Contoh ketiadaan guru disebabkan oleh perkara-perkara berikut.

1. Guru Cuti Menunaikan Haji
2. Guru Cuti Sakit
3. Guru Cuti Bersalin
4. Guru Cuti Rehat Khas
5. Guru Cuti Tanpa Gaji
6. Guru Bertugas Dalam Ko-kurikulum / Ko-akademiK
7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan

Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

Gaji guru ganti dibayar harian mengikut kelulusan contohnya RM100 sehari bagi lepasan ijazah, RM72 (lepasan STPM/Diploma) dan RM54 sehari bagi lepasan SPM.

BIDANG TUGAS GURU GANTI

Sebelum mohon jawatan Guru Ganti pastikan anda ambil tahu bidang tugas seorang Guru Ganti. Antara tugas seorang guru ganti ialah:

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  • Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod pelajar yang diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan
  • Terlibat dengan Aktiviti kokurikulum serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah
  • Tugas-tugas lain yang bersesuaian dengan jawatan anda sebagai seorang Guru Ganti

LANGKAH MOHON GURU GANTI 2020

Di bawah merupakan cara nak apply Guru Ganti yang anda boleh ikuti sekiranya anda benar-benar berminat dengan kerjaya perguruan.

Ini cara untuk mereka yang nak jadi guru ganti:

  1. Untuk mengemukakan permohonan, pastikan anda terus ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di tempat anda. Anda tidak perlu ke sekolah untuk memohon. Dengan kata lain, biar PPD menjalankan tugas mereka untuk menempatkan anda sebagai Guru Ganti.
  2. Jika sekolah sememangnya memerlukan khidmat seorang Guru Ganti, anda tetap perlu pergi ke PPD dulu.
  3. Bila hendak pergi ke PPD, pastikan anda memakai baju formal dan bawa sijil-sijil yang berkaitan.
  4. Isi borang Guru Ganti yang diberikan di PPD.
  5. Antara yang perlu disediakan, gambar berukuran passport – salinan kad pengenalan dan sijil spm/degree- sijil original spm/degree.
  6. Kepilkan bersama borang beserta salinan sijil anda yang telah disahkan dan hantar ke PPD.
  7. Tunggu panggilan dari PPD memaklumkan anda layak menjadi seorang Guru Ganti di sekolah yang telah ditetapkan.

KENAPA PERLU KE PPD BUKAN SEKOLAH UNTUK MOHON GURU GANTI?

Kenapa mesti terus ke PPD? Sebab, jika terus melalui PPD, gaji akan lebih cepat diproses berbanding berhubung terus melalui sekolah itu sendiri.

Di bawah merupakan rate gaji seorang Guru Ganti.

  • SPM – RM54/harian
  • STPM/DIPLOMA – RM72/harian
  • Ijazah – RM100/harian

Oh ya, apabila pergi PPD itu kalau ada pegawai yang suruh isi borang, kemungkinan besar anda akan terus di temuduga. Jadi, anda perlu bersedia selengkapnya semasa ke PPD.

Sekiranya anda layak dan mempunyai kekosongan Guru Ganti berkemungkinan besar anda akan diterima menjadi Guru Ganti.

Selamat mencuba.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma