Permohonan IPG 2021 Calon Guru PISMP Lulusan SPM Kini Dibuka

Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM di Buka.

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2021 Lepasan SPM Di Buka Seluruh Negara bagi ambilan Jun 2021! Bagi calon lepasan SPM yang ingin membina karier sebagai guru, anda boleh memohon kemasukan ke PISMP 2021.

PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah program guru tajaan KPM bagi pelajar lepasan SPM yang berminat dengan kerjaya bidang perguruan. Permohonan kemasukan ke IPG adalah antara permohonan yang dinanti-nantikan.

Berikut dikongsikan antara maklumat penting yang wajib anda tahun sebelum memohon masuk ke program tersebut.

Maklumat Permohonan PISMP 2021

Permohonan Guru IPG PISMP 2021 akan di buka pada:

  • 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021
  • Ambilan Jun 2021
  • Terbuka untuk lulusan SPM 2018, 2019 & 2020

Permohonan IPG 2020 Calon Guru PISMP Lulusan SPM

Syarat Kelayakan Program Guru Tajaan KPM

Terdapat beberapa syarat umum permohonan Guru yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun yang dibenarkan permohonan.
    (Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online)
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    – Bahasa Melayu,
    – Sejarah,
    – Lulus Bahasa Inggeris,
    – Lulus satu subjek lain.
  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

Perlu diingatkan Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM.

Berikut antara bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) anda boleh baca di sini.

Pengenalan PISMP 2021

Sebelum melayakkan pelajar mengikuti PISMP 2021, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun atau dua semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.

Kedua-dua PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Elaun Sara Hidup Pelajar IPG

Pelajar PISMP akan terima elaun RM430 sebulan seperti biasa.

Namun, yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Cara Memohon Online

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2021.
  2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan perlu menyediakan rakaman video pengajaran (VP) dan video kecergasan fizikal (VKF).
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), penyediaan video pengajaran (VP), video kecergasan fizikal (VKF), syarat bidang pengkhususan serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup
  5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2021 atau download iklan penuh permohonan Guru PISMP 2021 di bawah.

IKLAN PENUH PERMOHONAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma