Panduan Semak Jadual Pembayaran Bulanan I-Sinar Tanpa Syarat Secara Online

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut mengambil kira maklum balas pihak awam. Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

Pada 8 Mac 2021 lalu, secara rasminya Ahli KWSP boleh buat permohonan pengeluaran simpanan Akaun 1 melalui i-Sinar tanpa sebarang syarat atau dokumen dikenakan. Semua ahli yang mempunyai baki mencukupi boleh buat pengeluaran.

Pasti ramai yang sudah mohon dan diluluskan untuk pengeluaran i-Sinar kan? Bagi membuat perancangan kewangan, anda boleh semak jadual pembayaran bulanan i-Sinar anda mengikut jumlah pengeluaran yang anda buat.

Rujuk: Cara Buat Semakan Kelulusan Pindaan Amaun i-Sinar

SEMAK JADUAL PEMBAYARAN I-SINAR TANPA SYARAT

Berikut adalah panduan membuat semakan jadual pembayaran i-Sinar tanpa syarat secara online melalui i-Akaun KWSP:

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP masing-masing. Ahli yang masih belum daftar i-Akaun boleh daftar sekarang DI SINI.
  2. Masukkan USER ID dan klik NEXT
    Panduan Semak Jadual Pembayaran Bulanan I-Sinar Tanpa Syarat Secara Online
  3. Masukkan PASSWORD dan klik NEXT
    Panduan Semak Jadual Pembayaran Bulanan I-Sinar Tanpa Syarat Secara Online
  4. Klik WITHDRAWAL
  5. Di bahagian kiri, klik WITHDRAWAL HISTORY
  6. Klik pada i-SINAR
  7. Jadual pembayaran i-Sinar akan dipaparkan termasuk pembayaran yang pernah dilakukan sebelum ini.

Panduan Semak Jadual Pembayaran Bulanan I-Sinar Tanpa Syarat Secara Online

TEMPOH PERMOHONAN i-SINAR

Individu yang masih belum buat permohonan pengeluaran i-Sinar masih berpeluang buat permohonan sehingga tarikh yang ditetapkan iaitu:

  • Permohonan i-Sinar: Sehingga 30 Jun 2021

Rujuk: Panduan Buat Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat

Individu yang ingin buat pembatalan pengeluaran juga boleh lakukan dengan mudah. Rujuk Panduan Pembatalan Pengeluaran i-Sinar. Pengeluaran bulanan akan diberhentikan secara automatik selepas buat pembatalan.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma