Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 1 2020/2021 Kini Dibuka

Lembaga Zakat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa pelajar UTHM yang mendapat tawaran dan memerlukan bantuan kewangan untuk memohon Bantuan Zakat Pelajar UTHM bagi Semester 1 2020/2021.
Bantuan Zakat dibuka buat calon yang mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan layak menerima bantuan.
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat permohonan bantuan zakat yang perlu dipenuhi:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia / Pemaustatin Tetap
- Berdaftar sepenuh masa sahaja
SESI TEMUBUAL BANTUAN
Sesi temubual bantuan akan diadakan seperti berikut:
Kampus Pagoh
- Tarikh: 11/10 hingga 14/10/2020
- Tempat: Bilik Mesyuarat 3 & 4
- Masa: 9.30 pagi hingga 4.00 petang
Kampus Induk
- Tarikh: 18/10 hingga 22/10/2020
- Tempat: Dewan Al-Farabi, Pusat Islam
- Masa: 9 pagi – 4.30 petang (Ahad – rabu) 9 pagi – 12.30 petang (Khamis)
CARA MEMOHON
Pelajar perlu membawa dokumen yang telah dilengkapkan semasa sesi temubual. Dapatkan borang permohonan bantuan zakat UTHM di pautan berikut:
Pelajar dinasihatkan untuk mematuhi tatacara pengendalian piawaian (SOP) PKPP untuk hadir ke sesi temuduga bantuan seperti yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi UTHM.