Elaun Pekerja OKU RM450 Sebulan Beri Manfaat Kepada OKU Yang Bekerja
Kerajaan telah mengambil maklum bahawa golongan OKU yang bekerja turut terjejas dalam tempoh yang sukar ini. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat yang sebelum ini pada kadar RM1,200 sebulan.
Bagi tujuan kenaikan Elaun Pekerja Cacat ini, sebanyak 26 juta ringgit akan disediakan di mana ia akan memanfaatkan seramai hampir 5,000 OKU.
Bukan itu sahaja, dalam memperkasakan golongan OKU, kerajaan juga meluluskan peruntukan bagi menyediakan pelbagai inisiatif lain juga.
Isi Kandungan
KADAR ELAUN PEKERJA OKU
Elaun Pekerja OKU akan memberi manfaat kepada OKU yang bekerja seperti berikut:
- RM450 sebulan
INISIATIF GOLONGAN OKU
Selain kenaikan had Elaun Pekerja OKU, golongan OKU juga akan menerima manfaat dari inisiatif lain seperti:
- Membantu program keusahawanan termasuk memasarkan produk bakeri dan hasil tangan oleh OKU dan warga emas
- Kerajaan bersetuju menambah 20 juta ringgit untuk memperkukuhkan program di bawah institusi seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Golongan OKU akan berpeluang untuk mendaftar dan memperbaharui perniagaan mereka dengan SSM secara percuma sebagai galakan menceburi bidang perniagaan
– DAFTAR SSM PERCUMA - BSN telah menyediakan sebanyak 25 juta ringgit di bawah Skim Mikrokredit ISTIMEWA bagi golongan OKU menceburi bidang perniagaan dengan had pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit dan kadar faedah serendah 3%
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran Elaun Pekerja OKU adalah dibuka kepada golongan yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;
PENDAFTARAN OKU JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Individu OKU yang masih belum daftar JKM boleh daftar sekarang untuk mendapatkan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU dan membolehkan OKU yang berdaftar menerima manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.
Pendaftaran OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dibuat dengan mudah melalui pautan berikut: