Bayaran i-Sinar: Semak Tarikh Bayaran Pertama & Ansuran Bulanan Secara Online Dengan Langkah Mudah Ini
Tahniah jika anda lulus permohonan i-Sinar bagi kategori 1! Bagi yang tidak lulus, jangan risau kerana anda mungkin dikategorikan dalam kategori 2 dan anda juga boleh buat permohonan i Sinar kategori 2 mulai 11 Januari nanti.
Bagi yang lulus, tahu tak anda boleh semak tarikh bayaran pertama i Sinar dan tarikh bayaran ansuran bulanan i Sinar anda secara online sahaja dengan langkah yang sangat mudah.
Berikut adalah langkah-langkah mudah membuat semakan tarikh bayaran i Sinar secara online.
Isi Kandungan
SEMAKAN PERMOHONAN i-SINAR
Bagi yang tidak buat semakan status permohonan lagi, anda boleh buat semakan di pautan berikut:
Permohonan i Sinar adalah dibuka selama 6 bulan iaitu sehingga tarikh tutup permohonan yang ditetapkan. Jadi anda tidak perlu tergesa-gesa membuat permohonan. Semakan status boleh dibuat 2 – 3 minggu selepas tarikh permohonan.
CARA SEMAK TARIKH BAYARAN I-SINAR
Berikut adalah langkah mudah membuat semakan tarikh bayaran pertama dan bayaran bulanan i-Sinar bagi pemohon yang lulus:
- Pergi ke pautan www.kwsp.gov.my
- Klik LOG MASUK untuk log masuk sebagai Ahli
- Log masuk ke i-Akaun anda. Klik NEXT. Yang tiada i-Akaun, anda boleh DAFTAR i-Akaun terlebih dahulu.
- Di bahagian atas, klik WITHDRAWAL
- Di bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY
- Klik iSINAR
- Tarikh bayaran pendahuluan dan bayaran bulanan kreditkan akan dipaparkan
Jika anda masih tiada i-Akaun, lebih baik anda daftar sekarang kerana segala urusan berkaitan i-Sinar dan KWSP akan menjadi lebih mudah dengan i-Akaun. Bukan sahaja boleh semak tarikh bayaran i-Sinar, anda juga boleh buat pengeluaran lain dari akaun KWSP melalui e-pengeluaran.
Daftar i-Akaun sekarang di pautan berikut:
Jika terlupa kata laluan, KLIK SINI untuk panduan mendapatkan semula kata laluan anda.
Semoga bermanfaat!