Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 • Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •“Saya Guna TikTok Je…” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Gagal Temuduga (Ini Cara Betul Jawab Soalan Media Sosial) •CV Biasa-Biasa Tak Akan Lulus, Ini Format CV 2026 Yang Majikan Mahu •Suri Rumah Jana RM1,000 – RM7,000 Sebulan? Ini Cara Realistik Dari Rumah Tahun 2026 •

Pemilihan UPU: 10 Faktor Calon Berjaya & Gagal Mendapat Tawaran UPU

Oleh Cikgu Shaari • January 5, 2021 • 2 min baca

Pemilihan UPU: 10 Faktor Calon Berjaya & Gagal Mendapat Tawaran UPU
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Permohonan UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2021/2022 bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf kini telah dibuka. Untuk mohon, klik pautan berikut:

Baca: Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2021/2022

Kenapa ada calon berjaya mendapat tawaran dan kenapa pula ada calon yang gagal? Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan calon berjaya dan gagal permohonan UPU.

Sebagai rujukan calon yang bakal membuat permohonan UPU, ketahui 5 faktor berjaya mendapat tawaran UPU dan 5 faktor gagal mendapat tawaran.

5 FAKTOR CALON BERJAYA DAPAT TAWARAN UPU

Berikut adalah 5 faktor utama calon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pendidikan berdasarkan pemilihan UPU:

  • Borang permohonan BERJAYA diterima oleh UPUOnline
  • MEMENUHI syarat khas program pengajian
  • TERDAPAT kekosongan tempat
  • BERJAYA dalam saringan temuduga/ ujian
  • Kedudukan merit TINGGI

Calon yang berjaya melakukan perkara-perkara di atas pasti akan mendapat tawaran untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi seperti ketetapan UPU dan seperti yang dipilih semasa mengisi permohonan.

Berdasarkan senarai di atas, perkara paling utama adalah calon mestilah hantar permohonan dengan jayanya mengikut langkah-langkah permohonan UPU yang ditetapkan. Bagi memastikan calon berjaya dipilih, calon mestilah memenuhi syarat pengajian yang ditetapkan dan lulus saringan/ ujian.

Baca juga: Dasar & Kriteria Pemilihan Lepasan SPM Kemasukan Ke IPT Tahun 2021

5 FAKTOR CALON GAGAL DAPAT TAWARAN UPU

Antara faktor calon gagal mendapat tawaran UPU bagi kemasukan ke IPT adalah seperti berikut:

  • TIDAK tekan butang hantar
  • TIDAK memenuhi syarat khas program pengajian
  • TIADA kekosongan tempat, terutamanya program kompetitif
  • GAGAL dalam saringan temuduga/ ujian
  • Kedudukan merit RENDAH

Calon-calon diminta untuk ambil perhatian dengan penyebab utama yang boleh membuatkan calon gagal permohonan UPU ini. Kesalahan utama yang ramai lakukan tanpa sedar adalah tidak tekan butang HANTAR. Ini akan menyebabkan permohonan anda tidak dihantar dan tidak diterima.

Sebelum memohon, sangat penting juga untuk calon semak kelayakan program pengajian agar calon dapat mohon program pengajian yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Terdapat juga 5 faktor lain menyebabkan calon gagal mendapat tawaran sambung pelajar.

Baca: 5 Faktor Calon Gagal Mendapat Tawaran UPU

Pemilihan UPU: 10 Faktor Calon Berjaya & Gagal Mendapat Tawaran UPU

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.