Inisiatif eBelia: Tarikh Pemberian RM150 Buat Semua Belia & Pelajar IPT 

Berita baik buat belia dan pelajar Insitut Pengajian Tinggi (IPT)! Kerajaan di bawah Belanjawan 2021 sebelum ini telah memperuntukkan RM75 juta bagi Program eBelia iaitu pengkreditan RM50 ke dalam eWallet belia yang layak. Sebanyak 1.5 juta belia bakal menerima manfaat ini.

Namun dalam pengumuman Perdana Menteri di bawah pakej PEMERKASA, Kerajaan bersetuju untuk menambah baik program eBelia dengan meningkatkan kadar bantuan dan syarat yang lebih baik serta bakal beri manfaat ini kepada semua pelajar IPTA dan IPTS.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penambahbaikan program eBelia.

SEMUA PELAJAR IPT AKAN TERIMA RM150

Melalui penambahbaikan program eBelia sebelum ini, semua pelajar IPTA dan IPTS akan menerima manfaat ini berbanding sebelum ini hanya mengehadkan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun sahaja.

Namun TERKINI, program eBelia ditambahbaik seperti berikut:

  • Pengkreditan e-wallet RM50 kepada belia yang layak dinaikkan kepada RM150 setiap orang
  • Semua belia berumur 18 tahun hingga 20 tahun akan terima manfaat ini
  • SEMUA pelajar IPTA dan IPTS akan menerima manfaat ini walaupun berumur 20 tahun ke atas

Golongan bujang yang berumur 21 dan ke atas yang bukan mahasiswa IPTA/IPTS  tidak perlu risau kerana anda akan terima bantuan bujang di bawah Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350 seorang.

RM150 AKAN DIKREDITKAN KE DALAM EWALLET

Bagi belia dan mahasiswa yang layak, anda akan terima RM150 dalam bentuk kredit. Ini adalah bagi menggalakkan penggunaan eWallet yang lebih kerap dan mengurangkan penggunaan wang fizikal untuk tujuan pembelian.

Mekanisma penyaluran masih tidak diperincikan tapi berkemungkinan besar ia adalah kesinambungan kepada e-Tunai Rakyat dan e-Penjana yang diberikan tahun lalu. Pada ketika itu, syarat-syarat menerima  e-Penjana adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun berdasarkan rekod LHDN
  • Telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
  • Memiliki salah satu daripada 3 eWallet iaitu Grab, Boost atau Touch n Go eWallet

Walaubagaimanapun, perkongsian ini akan dikemaskini sekiranya terdapat makluman baru berkenaan kaedah pemberian eBelia.

TARIKH PELAKSANAAN EBELIA

Belia dan pelajar IPT dikatatakan akan menerima manfaat melalui eBelia mulai:

  • Jun 2021

Program ini akan dimanfaatkan 2 juta belia dengan jumlah peruntukan sebanyak 300 juta ringgit. Selain itu, kerajaan juga telah mengumumkan pelaksanaan Geran Khas Prihatin 3.0 yang akan memberi manfaat RM1,000 kepada perusahaan mikro dan PKS terjejas.

Kerajaan juga telah meluluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP TANPA SYARAT melalui i-Sinar diperluas kepada semua Ahli KWSP yang melibatkan seramai 8 juta Ahli. Anda masih boleh buat permohonan DI SINI.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma