Tarikh Bayaran Bantuan RM300 Untuk Pembelian Telefon Atau Peranti Baharu B40

Sebelum ini Kerajaan telah mengumumkan bantuan RM180 kepada lapan juta individu dalam bentuk kredit telekomunikasi buat golongan B40 di bawah Belanjawan 2021. Bantuan ini diberikan bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan B40 mendapatkan kemudahan internet.

Dalam pengumuman pakej baharu PEMERKASA pada 17 Mac 2021, sukacita dimaklumkan kerajaan akan menambahbaik subsidi ini kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut pemberian RM180 kepada golongan B40 yang layak.

PEMBERIAN BANTUAN RM300

Lebih kurang lapan juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM300 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan sebagai perbelanjaan bagi:

  • Pembelian telefon pintar baharu
  • Pembelian peranti baharu

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat dalam bentuk tawaran pakej internet mampu milik dan terus menyediakan kuota data tambahan.

PENERIMA YANG LAYAK

Jika Belanjawan 2021 sebelum ini telah mengumumkan subsidi pembelian telefon sebanyak RM180 kepada semua penerima BPR, namun di bawah pakej PEMERKASA, kerajaan akan memberikan RM300 khusus untuk:

  • Isi rumah yang mempunyai anak bersekolah

TARIKH BANTUAN RM300

Program subsidi ini dikatakan akan dilancarkan pada:

  • Awal bulan Mei 2021

Dalam pakej bantuan PEMERKASA yang diumumkan pada 17 Mac 2021 juga, kerajaan tidak melupakan golongan peniaga yang terjejas. Peniaga akan menerima bantuan GKP 3.0 yang akan memberi manfaat sebanyak RM1,000 setiap orang. Golongan yang berpendapatan RM1,000 ke bawah dan kehilangan kerja juga akan terima bantuan tambahan RM500 secara one-off.

Baca juga: Semua Belia & Pelajar IPT Akan Terima RM150 Melalui Program eBelia.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma