Tips Menjawab & Kriteria Penilaian Ujian SPiER Penguasa Imigresen KP41 Penting Calon Perlu Tahu

Pengambilan anggota keselamatan beruniform baharu berdasarkan kompetensi psikologi merupakan satu inisiatif dalam mengenal pasti calon-calon yang bermasalah. Justeru, satu set instrumen yang dinamakan sebagai SPiER telah dibangunkan bagi tujuan penyaringan pengambilan anggota beruniform baharu.

SPiER merupakan ringkasan kepada Ujian Sistem Pemprofilan Rekrumen, iaitu ujian yang akan menguji psikologi dan keperibadian diri calon. Bagi calon yang pertama kali dipanggil untuk duduki ujian SPiER, jangan terlalu pandang rendah dengan ujian ini. Ujian ini mungkin nampak mudah, tetapi jika tersalah jawab, anda berkemungkinan boleh gagal.

Macam mana nak lulus? Jika nak lulus, ketahui cara yang betul untuk jawab soalan SPiER dan kriteria penilaian yang akan diambil kira nanti.

KRITERIA PENILAIAN UJIAN SPiER

Bagi konsep ujian SPiER (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk:

  • Mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu:

  • Menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya.

Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian SPiER meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Baca juga: Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Imigresen KP41

Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon:

  • Sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.

STATUS LULUS ATAU GAGAL

Adakah ujian SPiER mempunyai status lulus dan gagal?

Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada:

  • Kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan
PENTING: Aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.

Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian SPiER juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga.

Contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN SPiER

Soalan yang disediakan memang nampak mudah di mana setiap orang pasti boleh jawab. Namun perkara paling penting calon perlu ingat dalam memberi setiap jawapan adalah:

  • Tidak perlu menjadi hipokrik
  • Sembunyikan KEBURUKAN tonjolkan KELEBIHAN
  • Keluarkan kualiti TERBAIK anda
  • Jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda
  • Sentiasa konsisten dengan setiap jawapan.
  • Jangan tunjukkan anda seorang yang tidak bergaul dengan orang, tidak menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk, kurang yakin dengan diri sendiri dan sifat negatif lain.
  • Pastikan setiap jawapan yang diberikan adalah dalam satu peribadi yang sama dari awal sehingga akhir agar tidak “kantoi” anda menipu.

Sebenarnya soalan-soalan yang akan diberikan adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda dan persekitaran anda. Jadi calon perlu tunjukkan aura positif yang menguasai diri anda, bukannya negatif.

Jadi nasihat untuk semua calon, jawablah sebagai seorang pekerja yang mempunyai sifat positif. Memang logiklah, tidak mungkinlah majikan akan ambil pekerja yang negatif kan?

CONTOH SOALAN UJIAN SPiER

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

CONTOH SOALAN SPIER PENGUASA IMIGRESEN

Untuk mendapatkan lebih banyak Contoh Soalan SPIER Penguasa Imigresen KP41 (Psikometrik/Personaliti) anda boleh terus dapatkan rujukan SPiER Imigresen di bawah.

Klik pautan tempahan dan buat pembelian segera.

TEMPAH RUJUKAN SPIER IMIGRESEN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma