Dah Habis Bayar Loan Rumah, Ini Cara Tukar Rumah Jadi Hak Milik Anda Sepenuhnya

Habis bayar pinjaman rumah adalah antara satu kejayaan buat kita. Siapa tak suka kan bila dah habis bayar hutang? Dah habis bayar, rumah tersebut akan menjadi hak milik anda! Namun ramai yang terlupa atau ambil mudah untuk membuat perkara penting agar rumah yang dibeli menjadi hak milik mutlak kita selepas habis bayar.

Seorang Perunding Kewangan Nadia Izzati kongsikan tindakan yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman rumah untuk menjadikan rumah tersebut hak milik mutlak kita. Perkara yang ramai terlepas pandang adalah urusan pelepasan gadaian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perkara yang perlu anda lakukan untuk jadikan rumah yang habis dibayar itu hak milik anda.

URUSAN PELEPASAN GADAIAN

Tindakan yang ramai terlepas pandang adalah buat urusan PELEPASAN GADAIAN. Untuk makluman anda, walaupun anda dah habis bayar pinjaman rumah dengan bank, tapi rumah itu tidak menjadi hak milik anda sepenuhnya secara automatik selagi anda belum daftarkan pelepasan gadaian di Pejabat Tanah.

Ramai orang ingat bila dah habis bayar loan rumah dengan bank mereka terus dapat geran rumah daripada bank. Selepas itu dah boleh simpan geran rumah itu. Salah sebenarnya! Anda perlu buat urusan pelepasan gadaian terlebih dahulu.

Kena batalkan dulu nama bank sebagai pemegang gadaian dalam geran. Kemudian barulah rumah itu jadi hakmilik mutlak anda sepenuhnya.

Bukan rumah sahaja anda perlu buat pelepasan gadaian ini, sekiranya anda dah habis bayar pinjaman kereta atau motosikal, anda batalkan nama Bank pinjaman itu dengan E-Batal. Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Rujuk: Dah Habis Bayar Loan Kereta/ Motosikal, Ini Cara Tukar Kenderaan Jadi Hak Milik Anda Sepenuhnya

PELEPASAN GADAIAN BANK

Berikut adalah panduan buat pelepasan gadaian bank selepas habis bayar pinjaman rumah:

PELEPASAN GADAIAN LPPSA

Penjawat awam yang buat pembiayaan LPPSA untuk pinjaman perumahan, anda perlu ikut langkah berikut untuk buat Pelepasan Gadaian LPPSA:

Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai buat urusan pemindahan hak milik selepas selesai buat pembayaran pinjaman rumah. Jangan terlepas pandang ya selepas ini! Pastikan anda dapatkan nasihat daripada pihak bank untuk maklumat lanjut sekiranya masih keliru.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma