Cara Mohon Jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Dengan Minima STPM/ Diploma

Berminat nak jadi salah seorang anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)? Inilah peluang untuk anda mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 yang ditawarkan oleh KPDNHEP melalui laman SPA.

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan kelayakan minima STPM/ Diploma atau setaraf dengannya dipelawa untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan jawatan melalui SPA9.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
  • Jawatan: Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
  • Jumlah Kekosongan: 30 Kekosongan & 40 Simpanan
  • Tarikh tutup permohonan: 13 Disember 2021

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelayakan seperti berikut:
    i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    iii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; atau
    iv) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    v) diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Calon mestilah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57 bagi lelaki dan 1.53 bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46 bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

DESKRIPSI TUGAS

Antara tugas sebagai Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP adalah:

Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

CARA MOHON

Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 3

Pergi ke bahagian Diploma/ STPM/ STAM/ Matrikulasi. Pilih jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

361 Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit & Juruaudit Dibuka. Ini Cara Mohon Melalui SPA9

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

764 Kekosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Ditawarkan. Ini Panduan Lengkap Permohonan Melalui SPA9

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA. Untuk iklan jawatan kosong penuh, anda boleh lihat di sini:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma