Kasih Suri Keluarga Malaysia: Bantuan Faedah Perlindungan Perkeso Buat Suri Rumah & Balu

Berita baik buat suri rumah! Kerajaan terus  membantu rakyat menerusi Bajet 2022 melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan. Dalam Bajet 2022, kerajaan memperkenalkan program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang akan memberi manfaat perlindungan kepada suri rumah dan balu dengan peruntukan berjumlah RM80 juta.

Melalui program ini, suri rumah dan balu akan mendapat perlindungan PERKESO melalui bantuan faedah yang ditawarkan seperti untuk golongan bekerja. Banyak manfaat lain yang akan dinikmati oleh golongan ini melalui Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.

MANFAAT PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

Kerajaan menerusi PERKESO akan memperluas jaringan keselamatan sosialnya kepada golongan wanita dalam kalangan suri rumah menerusi Program Kasih Suri Keluarga Malaysia. Selain memperkasa dan membela nasib golongan suri rumah, program ini juga bermatlamat untuk:

  • melindungi mereka sekiranya berlaku sebarang musibah dan insiden yang tidak diingini.

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia

PERMOHONAN PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan memudahkan proses permohonan untuk mendapatkan manfaat di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang akan bermula pada tahun 2022.

Permohonan bagi mendapatkan bantuan faedah daripada program ini adalah:

  • Sama seperti skim lain di bawah Perkeso.
  • Namun jika pencarum terlibat dengan sebarang kemalangan atau musibah, orang terdekat seperti ahli keluarga, jiran, sahabat handai atau sesiapa jua untuk memaklumkan insiden tersebut kepada Perkeso agar mangsa dapat dibantu dengan segera tanpa perlu menunggu mereka datang membuat permohonan.
Nota: Maklumat lanjut mengenai permohonan Program Kasih Suri Keluarga Malaysia akan dikemaskini semula sekiranya terdapat maklumat terbaru dari Perkeso pada tahun 2022.

INSENTIF i-SURI KWSP

Suri rumah disarankan untuk buat caruman KWSP melalui Skim i-Suri dengan caruman sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Insentif i-Suri KWSP yang diperkenalkan pada 2018 telah memberi manfaat kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana suri rumah diberikan bantuan dalam bentuk skim KSWP sama seperti ahli lain yang bekerja.

Antara faedah bantuan i-Suri ini adalah:

  • Menerima sumbangan kerajaan RM480 pada setiap tahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu suri rumah penuhi untuk membuat pendaftaran Bantuan Suri Rumah i-Suri:

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

Untuk buat pendaftaran i-Suri KWSP, anda boleh rujuk panduan di sini:

DAFTAR I-SURI KWSP

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma