Panel Temuduga SPA Ini Kongsi Tips “Grooming” Untuk Temuduga Kerajaan
Bila dah terima panggilan atau tawaran menghadiri temuduga, mulalah macam-macam yang calon fikir. Bukan sahaja dari segi persediaan untuk menghadap penemuduga, tetapi pemakaian yang sesuai untuk temuduga nanti.
Penting tau untuk calon fikir apa yang perlu dipakai untuk temuduga!
Walaupun ramai yang fikir pemakaian ke temuduga ini mudah kerana hanya perlu berpakaian formal, tetapi ada beberapa perkara yang perlu calon ambil perhatian agar tidak tersalah langkah! Penampilan yang baik dapat menarik pandangan penemuduga terhadap calon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perkongsian seorang panel penemuduga SPA tentang panduan “grooming” untuk calon temuduga.
Isi Kandungan
TIPS “GROOMING” UNTUK TEMUDUGA KERAJAAN
Berikut adalah beberapa tips “grooming” yang dikongsikan oleh panel temuduga SPA:
Pastikan Rambut Kemas & Tidak Keterlaluan
Sila kemaskan rambut dengan kemas tanpa style rambut yang keterlaluan. Ada ramai calon yang potong rambut seolah-olah nak pergi interview jadi fesyen designer. Jadi sila kemaskan betul-betul rambut anda dengan penuh professional.
Baca juga Penilaian Dalam Temuduga Kerajaan Yang Calon Wajib Tahu Jika Nak Lulus
Contact Lens
Kalau pakai contact lens, jangan pakai yang ada warna. Lazimnya panel tak berminat dengan orang yang warna contact lens pun fancy. Jadi pakai saja yang colourless
Janggut & Misai
Kalau boleh shave janggut & misai. Kalau nak simpan pun tolong la pastikan kemas. Tapi saya reccomend shave terus, sebab ramai orang tak berkongsi definisi kemas untuk janggut & misai yang sama. Jadi better shave terus untuk memperlihatkan kekemasan dan keseriusan.
Wangian
Boleh pakai perfume tapi jangan pakai yang terlalu strong atau striking baunya. Memadai anda sembur di point-point tertentu di badan. Tak perlu sembur di baju.
Baju
Untuk baju, tolong la jangan pakai baju yang fancy atau warna sangat terang. Ada calon pakai baju kuning la, merah la. Lepas tu pakai kot dgn slack. Sangat tak kena. Paling selamat pakai saja baju putih. Tolong pakai tali leher dengan kemas, button sampai habis. Warna dan corak tali leher juga mesti kena padan. Tak perlu terlalu fancy. Sekiranya anda ada satu set suit, pakai saja. Kelebihan untuk calon yang pakai suit kerana nampak serius & professional.
Tali Pinggang
Tali pinggang pun tolong la pakai yang leather. Kalau pakai lain dari leather, sgt tak kemas dan tak kena. Belt buckle juga jangan pakai yang terlalu berfesyen dan terlalu besar.
Seterika Baju
Seterika baju dan seluar dengan kemas. Kena ingat, penampilan ni adalah first impression panel. Kalau baju pun tak seterika, kami tak ada minat untuk interview anda.
Stoking & Kasut
Tolong pakai stokin hitam sahaja. Jangan pakai warna lain. Sangat tak kena & tak professional.
Pastikan juga pakai kasut kulit yang dah dikilatkan. Jangan pakai lain dari kasut kulit, ada calon dtg pakai loafers, dan sebagainya. Itu kita tak nak kerana tak menunjukkan tahap professionalisme untuk jawatan ni.
Persiapan penampilan untuk temuduga bukanlah perkara remeh. Ia mencerminkan tahap keseriusan dan komitmen anda terhadap jawatan yang dipohon.
Dengan mengikuti tips-tips di atas, anda bukan sahaja akan kelihatan lebih profesional tetapi juga lebih yakin semasa menghadiri temuduga. Semoga panduan ini bermanfaat dan membantu anda dalam mencapai kejayaan dalam temuduga kerajaan.