Resume

Perlu Ke Letak CGPA Dalam Resume? Boleh Nak Letak, Ini Caranya

June 24, 2024Oleh Cikgu Shaari3 min baca

Perlu ke letak keputusan CGPA dalam resume? Ada yang cakap tak perlu, namun ada juga yang cakap perlu untuk pihak majikan menilai prestasi kita. Pointer yang rendah tidak bermakna anda tidak boleh buat kerja! Namun, nak memasuki pasaran kerja dengan pointer yang rendah, graduan mestilah tonjolkan diri dalam resume dan juga semasa temuduga.

Anda mesti yakinkan penemuduga bahawa anda adalah calon pekerja yang terbaik untuk syarikat tersebut. Kadang-kadang penemuduga tidak memandang pointer pun. Apa yang dipandang adalah kebolehan bekerja.

Tidak ada gunanya kalau pointer tinggi tetapi tak tahu buat kerja!

Nak masukkan pointer dalam resume, pastikan anda ikut panduan yang dikongsikan di perkongsian bawah.

KEPUTUSAN CGPA

CGPA adalah markah keseluruhan bagi semua semester yang telah semua pelajar lalui.

Jika anda mendapat pointer CGPA 3.5 keatas, anda akan dianugerahkan ijazah kelas pertama. Untuk pengiraan CGPA, markah bagi setiap gred yang diperoleh bagi sem lepas akan dibahagi dengan jumlah kredit yang telah diambil.

Antara kepentingan CGPA yang tinggi adalah:

  • Membolehkan anda meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
  • Memasuki universiti yang baik
  • Mendapatkan biasiswa
  • Membantu untuk mencari pekerjaan

PERLU KE LETAK CGPA DALAM RESUME?

Persoalannya di sini adalah, perlu ke masukkan CGPA dalam resume?

[bs-quote quote=”Fresh graduate digalakkan untuk masukkan CGPA dalam resume. Ini kerana sesetengah penemuduga suka melihat pointer anda sebagai satu cerminan kepada sikap anda ketika anda berada di institusi pengajian.” style=”style-13″ align=”center” color=”” author_name=”” author_job=”” author_avatar=”” author_link=””][/bs-quote]

Namun, tidak semua pointer tinggi menunjukkan bahawa calon tersebut mempunyai kemahiran atau pengalaman yang diperlukan oleh majikan.

Ianya adalah satu bonus sekiranya calon mempunyai kedua-dua kelebihan ini.

CARA MASUKKAN CGPA DALAM RESUME

Berikut adalah panduan masukkan CGPA dalam resume yang anda boleh ikut:

  • Letakkan CGPA dengan angka yang betul dan tepat seperti contoh berikut: CGPA 3.65
  • Jangan rounding nombor CGPA anda. Mungkin penemuduga akan melihat transkrip anda. Contohnya: CGPA 3.65 jadikan 3.70

Bagi graduan yang pointer agak rendah, anda digalakkan untuk memantapkan resume anda dengan memasukkan:

Baca juga: Graduan Pointer Rendah, Masukkan Maklumat Ini Dalam Resume Untuk Tarik Perhatian Majikan

Mengapa digalakkan meletakkan kemahiran, kelebihan dan pencapaian anda? Ini kerana maklumat ini akan membezakan antara anda dengan calon yang lain dan kemungkinan besar anda menjadi pilihan majikan untuk menjawat jawatan yang diiklankan.

Semoga bermanfaat!

Topik artikel ini
Resume
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda