Contoh Ayat Penutup Ringkas & “Cantik” Sebelum Undur Diri Dari Temuduga Kerja Kerajaan/ Swasta

Apakah cara yang terbaik untuk menamatkan sesi temuduga dan mengundur diri? Apa yang anda boleh lakukan pada saat akhir temuduga untuk memberi peluang atau harapan anda mendapat pekerjaan tersebut?

Calon kena ingat, penutup atau saat-saat akhir temuduga adalah satu peluang yang baik untuk menunjukkan semangat dan minat anda terhadap pekerjaan tersebut.

Jika betul caranya, penutup temuduga anda dapat yakinkan penemuduga bahawa anda adalah calon yang dicari!

Macam mana nak yakinkan penemuduga untuk ambil anda bekerja sebelum undur diri dari temuduga? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tips dan contoh ayat cantik untuk penutup temuduga.

TIPS SEBELUM UNDUR DIRI DARI TEMUDUGA

Jangan keluar bilik temuduga tanpa harapan ya! Pastikan anda tinggalkan sedikit kata-kata yang dapat memikat dan meyakinkan penemuduga sebelum tinggalkan sesi temuduga.

Berikut adalah beberapa tips untuk yakinkan penemduga sebelum undur diri dari temuduga:

  • Ucapkan Terima Kasih: Ucapkan terima kasih atas masa dan peluang yang diberikan oleh penemuduga.
  • Sahkan Minat Anda: Terangkan bagaimana temuduga tersebut mengesahkan minat anda dalam jawatan yang dipohon.
  • Kaitkan Kemahiran Anda: Ceritakan secara ringkas bagaimana jawatan tersebut sesuai dengan kemahiran yang anda miliki.
  • Sedia Soalan Akhir: Bersiap sedia dengan soalan terakhir jika ditanya “Anda ada apa-apa soalan sebelum saya akhirkan temuduga ini?”
  • Minta Izin untuk Bertanya: Jika panel tidak memberi peluang untuk bertanya, minta izin untuk membuat pertanyaan.

CONTOH AYAT PENUTUP TEMUDUGA

Berikut adalah contoh ayat yang anda boleh gunakan sebagai rujukan untuk penutup dalam temuduga nanti:

Sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih dan sangat menghargai peluang diberi untuk temuduga kali ini. Saya berharap dapat diberi peluang untuk gunakan kemahiran yang saya ada dalam ______ dan keupayaan untuk ______ dalam meningkatkan keupayaan jabatan/ syarikat dan mencapai matlamat utama.

Saya akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri saya yang diperlukan dengan cepat agar dapat membantu ke arah kecemerlangan organisasi. Saya yakin dengan kebolehan diri yang ada dalam diri, saya boleh melaksanakan tugas-tugas sebagai ______(nama jawatan) dengan cemerlang berdasarkan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.

Baca juga: Susunan Yang “Cantik” Perkenalkan Diri Dalam Temuduga. Penemuduga Pun Tertarik Nak Dengar

Bila dah selesai beri ayat penutup, anda boleh undur diri mengikut ETIKA KELUAR BILIK TEMUDUGA yang betul selepas mendapat arahan. Ingat, jangan beri penutup yang panjang berjela yang hanya membuang masa penemuduga.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma