Contoh Ayat Lengkap Pengenalan Diri Semasa Temuduga Calon Guru KPM
Tahniah bagi calon yang telah melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) bagi pengambilan khas guru KPM! Bila dah selangkah lebih maju untuk anda menjadi seorang guru, pastikan anda buat yang terbaik sehingga mencapai cita-cita yang dihajati. Dah semak ke tarikh temuduga guru anda? Jika belum, pastikan anda semak sekarang DI SINI.
Seperti yang dimaklumkan kepada semua calon, temuduga bagi pengambilan khas ini akan dilaksanakan secara online dan calon mestilah mengikut format temuduga guru yang ditetapkan. Salah satu komponen utama untuk temuduga adalah pengenalan diri. Setiap calon akan diberi masa untuk perkenalkan diri semasa temuduga.
Bagi mengelakkan calon terlebih masa atau cerita terlalu panjang, pastikan anda buat persediaan jawapan dari sekarang! Nak tahu cara perkenalkan diri semasa temuduga? Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
ISI DALAM PENGENALAN DIRI TEMUDUGA GURU
Seperti yang calon temuduga sudah sedia maklum, antara komponen utama semasa temuduga nanti adalah pengenalan diri. Setiap calon temuduga diminta untuk perkenalkan diri. Jadi, ketahui beberapa perkara penting yang perlu anda sebutkan dalam pengenalan diri semasa temuduga nanti:
- Beri salam dan ucapan terima kasih atas peluang temuduga
- Ceritan tentang latar belakang diri & keluarga
- Taraf pendidikan
- Pengelaman kerja yang berkaitan dengan guru & kerja sekarang
- Pengalaman & pencapaian di universiti
CONTOH PENGENALAN DIRI TEMUDUGA GURU
Berikut adalah contoh ayat pengenalan diri semasa temuduga jawatan guru yang boleh anda jadikan rujukan:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada panel pada hari ini kerana sudi menemuduga saya bagi jawatan sebagai _____________.Nama saya __________. Saya berumur ______ dan tinggal di ________ negeri ________. Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda __________ di universiti__________ pada tahun ________hingga tahun ____________.
Saya mempunyai ______ orang adik beradik dan saya merupakan anak yang ke ________. Ayah saya bekerja sebagai _________ manakala ibu saya bekerja sebagai ___________.
Sekarang saya bekerja sebagai __________ di ___________. Saya sudah bekerja di sini selama _________. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya peroleh di tempat kerja saya seperti cara berkomunikasi dengan pelajar dan rakan guru. Saya juga pernah mengajar subjek berkaitan dengan___________. Oleh itu, saya sememangnya sesuai dengan bidang guru yang ditawarkan pada hari ini.
Semasa di universiti, saya pernah menyertai ___________. Di samping itu, saya memegang jawatan sebagai _______ dan _________. Alhamdulillah saya ada pengalaman menjadi pemimpin juga. Dalam masa yang sama, saya juga boleh bergaul dengan rakan sekeliling dengan baik. Pencapaian tertinggi di universiti ialah _________ di peringkat ________. Insya-Allah dengan pengalaman yang saya ada, saya akan buat yang terbaik apabila menjawat jawatan sebagai guru pula nanti.
Semakin banyak pengalaman yang anda ceritakan berkaitan dengan kerja sebagai seorang guru, lebih baik sebenarnya. Jadi, sekiranya anda ada pengalaman yang lebih, pastikan anda ceritkan semuanya.
Namun pastikan anda tidak cerita terlalu panjang sehingga melebihi masa yang sepatutnya. Setiap calon akan diberi masa untuk perkenalkan diri. Ceritakan yang penting dan berkaitan sahaja untuk menarik minat penemuduga. Tidak perlu masukkan latar belakang tentang keluarga sekiranya masa diberi untuk pengenalan diri singkat.
Semoga bermanfaat!
Sumber (Rujuk juga contoh pengenalan dalam Bahasa Arab)