7 Tips Yang Boleh Diterapkan Dalam Membuat Permohonan Kerja
Mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan minat bukanlah satu tugas yang mudah. Namun, dengan persediaan yang rapi dan strategi yang betul, peluang untuk memperoleh pekerjaan idaman boleh ditingkatkan.
Artikel ini akan berkongsi tujuh tips yang boleh diterapkan dalam membuat permohonan kerja, terutama bagi mereka yang baru memasuki pasaran kerja atau sedang mencari peluang baru.
Isi Kandungan
1. Mulakan Awal: Kenapa Persiapan Awal Penting dalam Mencari Kerja
Mencari pekerjaan memerlukan masa dan usaha.
Oleh itu, adalah bijak untuk mula mencari peluang kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tamat pengajian. Ini membolehkan anda meneliti pelbagai tawaran kerja, memahami keperluan pasaran, dan menyediakan dokumen yang diperlukan seperti resume dan surat permohonan dengan teliti. Jangan tunggu sehingga habis belajar untuk mula mencari kerja; sebaliknya, risik-risik dahulu peluang yang ada.
Mungkin artikel dan panduan di bawah dapat membantu anda;
- 7 Rahsia Mudah Dapat Tawaran Kerja Sebelum Konvo
- 5 Tips Untuk Bantu Fresh Graduate Dapat Kerja Dengan Mudah
- Tips Untuk Terus Dapat Interview & Tawaran Kerja Selepas Tamat Belajar
- Nak Cari Kerja Di Career Fair? Ini Tips Untuk Anda Dapat Tawaran
2. Resume: Kunci Utama Membuka Peluang Temuduga
Resume adalah dokumen pertama yang akan dilihat oleh majikan.
Pastikan resume anda kemas, tersusun, dan mengandungi maklumat yang relevan. Susunan yang betul, penggunaan bahasa yang profesional, dan penekanan kepada pencapaian serta pengalaman kerja akan membantu resume anda menonjol. Elakkan kesilapan umum seperti memasukkan objektif yang tidak berkaitan atau meletakkan maklumat yang terabur. Ingat, tujuan resume adalah untuk menarik perhatian HR dan memudahkan mereka menilai kelayakan anda.
Di bawah artikel dan panduan penting berkaitan resume;
- 11 Ciri Budaya Calon Yang Majikan Cari Dalam Setiap Resume, Pastikan Ada Dalam Resume Anda
- Perlu Ke Letak CGPA Dalam Resume? Boleh Nak Letak, Ini Caranya
- Perbezaan Antara Resume Dan CV Yang Ramai Masih Keliru
- 11 Individu Paling Sesuai Dijadikan Rujukan Dalam Resume Anda Untuk Permohonan Kerja
3. Temuduga: Persediaan yang Teliti untuk Sesi Penentu
Anggap sesi temuduga anda adalah sesi janji temu pertama anda!
Selepas resume anda berjaya menarik perhatian majikan, langkah seterusnya adalah sesi temuduga. Temuduga adalah seperti sesi temu janji pertama di mana anda perlu menunjukkan yang terbaik. Pastikan anda hadir 15 minit lebih awal, berpakaian kemas, dan menjaga “eye contact” serta “body language”. Ini penting untuk mencipta kesan pertama yang positif dan meningkatkan peluang anda untuk diterima bekerja.
Koleksi panduan temuduga di bawah bakal bantu anda;
- Selain Perkenalkan Diri, Ini 30+ Contoh Soalan Tentang Diri Calon Yang Sering Ditanya Dalam Temuduga
- Contoh Ayat Penutup Ringkas & “Cantik” Sebelum Undur Diri Dari Temuduga Kerja Kerajaan/ Swasta
- 3 Kesalahan Calon Temuduga Yang Boleh Menyebabkan Nama Anda Kena Blacklist Syarikat
- Panel Temuduga SPA Ini Kongsi Tips “Grooming” Untuk Temuduga Kerajaan
4. Berikan Jawapan yang Logik dan Berdasarkan Kajian
Buat persiapan temuduga semaksima mungkin
Persiapan sebelum temuduga adalah kunci kejayaan. Lakukan penyelidikan tentang syarikat yang anda pohon, termasuk misi, visi, dan budaya kerja mereka. Pastikan anda juga mempunyai pemahaman yang baik tentang industri tersebut.
Apabila ditanya soalan seperti “Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?” atau “Kenapa anda ingin bekerja di syarikat kami?“, berikan jawapan yang logik dan berasaskan kajian yang telah anda lakukan.
Soalan lain yang mungkin ditanya termasuk matlamat kerjaya anda dalam tempoh lima tahun akan datang, jadi bersedialah dengan jawapan yang sesuai.
5. Jangan Terlalu Demand: Bersikap Realistik Sebagai Fresh Graduate
Jangan terlalu demand!
Bagi fresh graduate, adalah penting untuk bersikap realistik tentang bayaran dan faedah yang ditawarkan. Walaupun anda mungkin memiliki kelayakan akademik yang baik, pengalaman kerja anda mungkin masih terhad. Oleh itu, terima tawaran yang diberikan dan fokus untuk membina pengalaman serta membuktikan kemampuan anda. Apabila sudah mempunyai pengalaman yang mencukupi, barulah anda boleh mula menuntut bayaran yang lebih tinggi atau faedah tambahan.
6. Kuasai Kemahiran Insaniah dan Komunikasi yang Mantap
Soft Skill tu penting!
Kemahiran insaniah (soft skills) seperti kemampuan menyelesaikan masalah, bekerjasama dalam pasukan, dan berkomunikasi dengan baik sangat dihargai oleh majikan. Majikan mencari pekerja yang tidak hanya mampu menjalankan tugas teknikal tetapi juga boleh berinteraksi dengan baik dalam persekitaran kerja. Oleh itu, tunjukkan komitmen dan sikap positif anda dalam setiap tugasan. Jangan merungut atau berkira tenaga; sebaliknya, tampilkan diri anda sebagai individu yang proaktif dan bersedia untuk belajar.
7. Jalin Hubungan Baik dengan Bos
Hargai bos anda
Bos adalah mentor yang boleh membimbing anda dalam kerjaya. Meskipun mereka kadang-kadang mempunyai tuntutan yang tinggi atau sikap yang mencabar, penting untuk anda menghargai dan belajar daripada mereka. Jangan biarkan sikap negatif menghalang anda daripada mendekati bos dan mempelajari sesuatu yang berguna. Ingat, membina hubungan baik dengan bos adalah strategi pintar dalam kerjaya. Jika anda menerima bonus atau penghargaan lain, jangan lupa ucapkan terima kasih melalui email sebagai tanda penghargaan. Ini bukan sekadar ‘bodek’, tetapi lebih kepada membina hubungan profesional yang baik.
Kesimpulan
Mencapai kejayaan dalam kerjaya tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia memerlukan usaha, strategi, dan kesungguhan. Dengan menerapkan tips yang dikongsikan dalam artikel ini, anda boleh meningkatkan peluang untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan dan membina kerjaya yang berjaya. Ingatlah bahawa selain daripada kemahiran teknikal, sikap dan kemahiran insaniah juga memainkan peranan penting dalam memastikan anda bukan sahaja diterima bekerja tetapi juga berjaya dalam jangka masa panjang. Mulakan sekarang, dan binalah masa depan kerjaya anda dengan penuh keyakinan