Ramai Penerima STR Tak Tahu: Boleh Tuntut RM50 Sehari Jika Masuk Wad Melalui mySalam •Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon • Ramai Penerima STR Tak Tahu: Boleh Tuntut RM50 Sehari Jika Masuk Wad Melalui mySalam •Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •

Cara Buat Temu Janji Maybank Online Untuk Urusan Di Kaunter Maybank Sepanjang Tempoh Lockdown

Oleh Cikgu Shaari • June 4, 2021 • 2 min baca

Cara Buat Temu Janji Maybank Online Untuk Urusan Di Kaunter Maybank Sepanjang Tempoh Lockdown
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pelanggan Maybank yang ingin berurusan di kaunter Maybank dinasihatkan untuk buat temu janji secara online terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter Maybank. Maybank melalui laman media sosialnya telah memaklumkan pengoperasian semua cawangan di seluruh negara adalah secara temu janji sahaja.

Untuk makluman anda, waktu operasi semua cawangan Maybank juga telah dipendekkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Tindakan ini adalah bagi mengurangkan kesesakan orang ramai di satu tempat sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara buat temu janji Maybank secara online untuk berurusan di kaunter Maybank.

WAKTU OPERASI MAYBANK DALAM TEMPOH PKP 3.0/ LOCKDOWN

Untuk makluman anda, sepanjang tempoh lockdown, waktu operasi kaunter Maybank telah dipendekkan. Kaunter Maybank hanya akan beroperasi pada jam:

  • 9.30 pagi hingga 2.00 petang

Beberapa cawangan Maybank akan ditutup  buat sementara waktu. Anda boleh semak senarai cawangan yang beroperasi dalam tempoh lockdown di sini.

GOLONGAN YANG DIUTAMAKAN

Keutamaan akan diberikan kepada 3 golongan berikut walaupun tanpa temu janji:

  • Warga emas
  • Orang kurang upaya
  • Wanita hamil

CARA BUAT TEMU JANJI MAYBANK ONLINE

Berikut adalah panduan membuat temu janji secara online untuk berurusan di kaunter Maybank:

  1. Pergi ke laman web https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
  2. Pilih jenis urusan untuk temu janji anda
    Cara Buat Temu Janji Maybank Online Untuk Urusan Di Kaunter Maybank Sepanjang Tempoh Lockdown
  3. Pilih maklumat branch Maybank di tempat anda serta tarikh dan masa temu janji andaCara Buat Temu Janji Maybank Online Untuk Urusan Di Kaunter Maybank Sepanjang Tempoh Lockdown
  4. Lengkapkan nama, nombor IC, nombor telefon dan emel di ruangan yang disediakan
    Cara Buat Temu Janji Maybank Online Untuk Urusan Di Kaunter Maybank Sepanjang Tempoh Lockdown
  5. Tick pada kotak im not a robot dan klik SUMBITCara Buat Temu Janji Maybank Online Untuk Urusan Di Kaunter Maybank Sepanjang Tempoh Lockdown

Siap! Anda diminta untuk tepati masa dan tiba di cawangan yang dipilih 15 minit lebih awal dari masa yang dipilih.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.