Daftar IClean Selangor: Perkhidmatan Pembuangan Sampah, Barang Lama & Terpakai Percuma

Tak tahu nak buang sampah besar atau barang terpakai di mana? Khas untuk rakyat Selangor! Anda boleh gunakan kemudahan aplikasi iClean Selangor yang disediakan bagi membantu anda untuk melaporkan aduan berkenaan sampah secara langsung melalui telefon pintar anda.

Mudah sahaja, anda hanya perlu daftar sebagai pengguna di aplikasi tersebut dan buat aduan untuk sampah anda diambil secara percuma untuk pelupusan atau pembuangan. Semuanya di hujung jari!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemudahan iClean Selangor dan panduan pendaftaran aplikasi.

APLIKASI ICLEAN SELANGOR

iClean Selangor adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengutip barang-barang besar yang ingin dilupuskan oleh penduduk yang tinggal di Selangor. Aplikasi iClean Selangor yang dibangunkan atas inisiatif kerajaan Selangor bagi memudahkan penduduk untuk kemukakan aduan pembersihan di kawasan mereka.

CARA DAFTAR & MENGGUNAKAN ICLEAN SELANGOR

Muat Turun Aplikasi

Sebelum menggunakan aplikasi, pastikan anda muat turun terlebih dahulu di telefon pintar anda. Klik pautan berikut:

Daftar ID Pengguna IClean Selangor

Dah muat turun aplikasi IClean Selangor, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu seperti berikut:

  1. Buka aplikasi i-Clean Selangor anda
  2. Klik butang Daftar Sekarang untuk mendaftar.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan:
    – Nama Penuh, Nama Profil dan Nombor Kad Pengenalan, kemudian tekan seterusnya.
    – Alamat, Nombor Telefon, Alamat E-mel, dan pilih Pihak Berkuasa Tempatan anda dan tekan ‘Seterusnya’.
  4. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, tekan butang DAFTAR untuk menghantar, seterusnya anda boleh menggunakan akaun tersebut.

Cara Buat Buat Aduan

Selesai daftar, anda boleh buat aduan atau menggunakan IClean Selangor ikut panduan berikut:

  1. Log Masuk akaun dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan & Kata Laluan anda kemudian klik Masuk.
  2. Klik Aduan Baru pada senarai aduan ataupun klik butang Hantar Aduan pada Menu Utama untuk mencipta aduan baru.
  3. Pilih PBT yang bertanggunjawab dahulu diikuti Definisi Masalah iaitu Aduan serta Sub Aduan.
  4. Klik pada Upload untuk memilih gambar yang ingin dimuat-naik.
  5. Masukkan Huraian Masalah berkenaan aduan yang ingin dilaporkan dibahagian yang disediakan.
  6. Seterusnya isikan maklumat berkenaan seperti, Pilih Kawasan Operasi dan Pilih Sub-Kawasan dan sistem akan mencadangkan kawasan diatas peta.
  7. Sistem akan dapatkan alamat secara automatik berpandukan lokasi yang di plot, tetapi pengguna boleh memasukkan alamat secara manual di bahagian Penerangan Lokasi.
  8. Tekan butang Hantar untuk menghantar, tekan butang Reset untuk menetapkan semula ataupun tekan butang Batal untuk tidak hantar.
  9. Setelah berjaya, sistem akan memaparkan aduan tersebut secara terperinci untuk tatapan pengadu berserta garis masa yang diambil oleh kakitangan Kdeb Waste Management bagi menyelesaikan aduan tersebut. Disini anda boleh mengetahui status terkini mengenai aduan anda.

Siap! Mudah kan? Selepas ini dah tak perlu susah-susah fikir cari tempat untuk buang sampah besar atau barang terpakai. Gunakan kemudahan ini untuk membantu pembersihan di negeri Selangor.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma