Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Individu Yang Ingin Pulang Ke Kampung Dinasihatkan Buat Ujian Kendiri Covid-19

Oleh Cikgu Shaari • October 7, 2021 • 2 min baca

Individu Yang Ingin Pulang Ke Kampung Dinasihatkan Buat Ujian Kendiri Covid-19
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, negara kita tidak lama lagi akan memasuki fasa endemik, di mana kita akan memegang konsep “hidup bersama virus”. Kerajaan juga tidak lama lagi akan membuka sempadan untuk rentas negeri apabila kadar vaksinasi dewasa telah mencapai 90%.

Tidak lama lagi rentas negeri akan dibenarkan, oleh itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti mengambil langkah berjaga-jaga seperti membuat ujian kendiri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut saranan Menteri Kesihatan untuk pulang ke kampung.

NEGARA BAKAL MEMASUKI FASA ENDEMIK

Menurut Menteri Kesihatan, apabila negara memasuki fasa endemik:

  • Kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya; dan
  • Tidak lagi memeriksa individu berkenaan sudah lengkap divaksinasi atau belum

“Kini tanggungjawab dan tingkah laku bergantung kepada individu itu sendiri. Saya percaya kita dapat menghadapi cabaran ini dalam #ReopeningSafely.

LAKUKAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 (RTK) UNTUK JAGA KESELAMATAN

Sekiranya anda ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia apabila rentas negeri dibenarkan nanti, anda dinasihatkan untuk:

  • Lakukan kit ujian kendiri Covid-19 (RTK) air liur

Rujuk: 16 Jenis Kit Ujian Kendiri Covid-19 Lulus MDA, Harga & Cara Saringan Covid-19 Sendiri Di Rumah

Langkah ini adalah demi menjaga keselamatan mereka.  Sehingga 7 Oktober 2021, hanya tinggal 1.2 peratus (belum divaksinasi lengkap) sebelum sempadan negeri dibuka. Kini Kementerian Kesihatan (KKM) sudah beralih ke ujian simptomatik.

KKM meminta orang yang berada dalam persekitaran dan bertemu dengan ramai orang atau mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.

Baca: Nak Keputusan Ujian Test Kit Covid-19 Tepat, Jangan Buat 5 Perkara Ini Sebelum Ujian

KEBENARAN RENTAS NEGERI APABILA MENCAPAI KADAR VAKSINASI 90%

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kebenaran rentas negeri, anda akan dimaklumkan kemudian apabila kerajaan telah mengumumkan perkara tersebut.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.