Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

GSC Galakkan Pembelian Tiket Secara Online, Ini Caranya

Oleh Cikgu Shaari • July 7, 2020 • 2 min baca

GSC Galakkan Pembelian Tiket Secara Online, Ini Caranya
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memandangkan kerajaan kini telah membenarkan pelaksanaan panggung wayang beroperasi semula, semua orang dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Sehubungan dengan itu, Golden Screen Cinema (GSC) menggalakkan orang ramai yang mahu menonton wayang di pawagamnya membeli tiket secara dalam talian.

Langkah tersebut adalah salah satu daripada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan pelanggan selepas pawagam berkenaan dibenarkan beroperasi semula pada 1 Julai lalu.

Anda boleh lihat cara membuat pembelian tiket GSC secara online di perkongsian bawah.

TUJUAN PEMBELIAN SECARA ONLINE

Pembelian dalam talian adalah penting bagi:

  • Mengekalkan jarak sosial
  • Mengelakkan pelanggan beratur di kaunter
  • Mengurangkan kontak sesama pelanggan

GSC Galakkan Pembelian Tiket Secara Online, Ini Caranya

SOP MEMASUKI PAWAGAM

Antara langkah lain yang diambil bagi menjamin keselamatan pelanggan ialah:

  • Mengambil bacaan suhu – Bacaan suhu melebihi 37.5 C tidak dibenarkan masuk
  • Mengisi borang pengisytirahan digital
  • Proses nyahkuman
  • Kawalan jarak dalam pawagam
  • Pemakaian topeng adalah wajib
  • Kanak-kanak 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk

CARA BELI TIKET GSC SECARA ONLINE

Tiket GSC boleh dibeli melalui dua kaedah iaitu menerusi aplikasi Mobil GSC atau laman web GSC.

Aplikasi Mobil GSC

Dapatkan tiket secara online melalui aplikasi Mobil GSC yang boleh didapatkan di sini:

aplikasi MOBIL GSC – ios

aplikasi mobil gsc – android

Laman Web GSC

Untuk pembelian tiket secara online di laman web GSC, anda boleh beli di pautan berikut:

GSC Galakkan Pembelian Tiket Secara Online, Ini Caranya

Anda hanya perlu pilih filem yang anda mahu tonton dan pilih pawagam pilihan anda beserta masa yang anda mahu. Selepas selesai pilih, terus buat pembayaran. Anda akan diberikan QR Code selepas selesai pembayaran.

Anda diminta untuk mengimbas kod QR di pagar auto sebelum memasuki pawagam. Sekiranya pagar auto tidak berfungsi, pelanggan boleh menunjukkan pas dalam talian kepada kakitangan GSC yang bertugas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang berhasrat untuk menonton filem di pawagam. Sama-sama kita memutuskan rangkaian wabak COVID-19 dengan mengekalkan jarak sosial dan kurangkan kontak dengan individu lain.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.