Tidak Boleh Hadir Atau Terlepas Janji Temu Vaksinasi, Ini Tindakan Anda Perlu Lakukan

Pelaksanaan Program Vaksinasi Kebangsaan di negara kita dijalankan secara berfasa, iaitu sehingga 3 fasa. Sehingga kini, program vaksinasi sudah mencapai fasa kedua, iaitu melibatkan golongan warga emas, OKU dan individu yang mempunyai penyakit kronik. Setakat ini sudah ramai yang sudah mendapat tarikh janji temu untuk suntikan vaksin masing-masing yang boleh disemak melalui MySejahtera.

Bagi yang mendaftar melalui laman web, anda akan mendapat tarikh janji temu melalui SMS atau buat semakan sendiri di laman web vaksincovid.gov.my. Dalam ramai-ramai penerima vaksin, pasti akan ada orang yang TERLEPAS tarikh janji temu kerana tidak buat semakan atau tidak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan atas urusan penting.

Sekiranya anda tidak boleh hadir atau terlepas janji temu vaksinasi, janji temu baru akan diberikan secara AUTOMATIK. Masih ada peluang untuk anda dapat vaksin!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui apa tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya terlepas tarikh vaksinasi.

DAFTAR VAKSIN

Berikut adalah saluran pendaftaran vaksinasi bagi yang belum mendaftar:

Baca: Proses Penerimaan Suntikan Vaksin Selepas Daftar

Tidak Boleh Hadir Atau Terlepas Janji Temu Vaksinasi, Ini Tindakan Anda Perlu Lakukan

TINDAKAN JIKA TIDAK DAPAT HADIR TEMU JANJI VAKSINASI

Berikut adalah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda tidak dapat hadir temu janji atau terlepas tarikh vaksinasi:

  • Semak telefon anda (SMS/ MySejahtera) selepas 7 hari untuk notifikasi janji temu baru
  • Anda TIDAK PERLU menghubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan 1800-888-828 untuk mendapatkan janji temu baru
  • Penjadualan semula tidak dibenarkan bagi tempatan vaksin AstraZeneca

Secara ringkasnya, janji temu baru akan diberikan secara AUTOMATIK jika anda TIDAK HADIR pada hari temu janji. Anda hanya perlu buat semakan selepas 7 hari pada aplikasi MySejahtera tanpa hubungi pihak Vaksinasi Kebangsaan.

Tarikh baharu akan diberikan kepada individu yang didapati tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, orang ramai diminta untuk bersedia dan sentiasa menyemak aplikasi MySejahtera masing-masing untuk ketahui tarikh janji temu.

Elakkan daripada terlepas tarikh yang diberikan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai terutama petugas barisan hadapan.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma