Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

Oleh Cikgu Shaari • February 24, 2021 • 2 min baca

Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negera ini menerima vaksin ini pada kira-kira 3 petang.

Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Februari (Jumaat) itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin tersebut untuk fasa pertama ini yang akan berlangsung hingga April depan.

Orang awam yang ingin mendaftar vaksinasi Covid-19 boleh daftar melalui 5 kaedah pendaftaran vaksinasi Covid-19 yang disediakan. Untuk pendaftaran mudah melalui MySejahtera, anda boleh ikut langkah di bawah.

CARA DAFTAR VAKSINASI COVID-19 GUNA MYSEJAHTERA

Berikut adalah cara daftar vaksinasi Covid-19 guna MySejahtera dengan langkah mudah:

  1. Pastikan anda Update aplikasi MySejahtera anda
    Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
  2. Dah update, buka aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda
    Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
  3. Klik COVID-19 Vaccination
    Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
  4. Klik Vaccin for (nama anda)
    Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
  5. Klik Edit untuk ubahsuai maklumat yang dipaparkan dan klik Confirm jika semua maklumat sudah betul
    Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
  6. Are you sure? Klik OK
    Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
  7. Klik pada CLICK HERE dan jawab beberapa soalan yang ditanya
    Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

Anda akan mendapat makluman bahawa buat masa sekarang vaksinasi akan dijalankan bagi golongan Fasa 1. Sekiranya anda tidak tergolong dalam fasa 1, ada akan dimaklumkan apabila fasa seterusnya dimaklumkan.

FASA VAKSINASI COVID-19

Program vaksinasi Covid-19 dijalankan mengikut fasa seperti berikut:

Panduan Mudah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

5 KAEDAH PENDAFTARAN

Bagi yang tiada MySejahtera tidak perlu risau kerana terdapat 5 kaedah pendaftaran vaksinasi Covid-19 disediakan iaitu:

  • Pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera
  • Menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my
  • Menerusi talian hotline yang akan dimaklumkan kemudian
  • Pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta
  • Program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pedalaman

Anda boleh rujuk proses vaksinasi Covid-19 dijalankan di sini:

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan, anda boleh terus ke laman www.vaksincovid.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.